Monday, November 5

Anugerah Cemerlang

sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar SKSAT yang telah berjaya merangkul hadiah dalam pelbagai bidang samada dalam PKSR,Kokurikulum,kehadiran ataupun NILAM...tidak ketinggalan juga buat anakanda kedua yang tersayang yang turut tersenarai menerima anugerah nilam...tempat ketiga tahun 1 dengan jumlah bacaan buku sebanyak 137 buah dari awal tahun hingga pertengahan tahun...syabas bang iez teruskan usaha membaca kerana membaca jambatan ilmu...bak kata pengarah..hanya dengan ilmu yang cukup shj membezakan kita dengan orang lain...dengan ilmu shj kita boleh menjawab soalan dengan cemerlang...

tak sia-sia ms mengandung mama banyak membaca...tapi novel jer lah...dengan anugerah yang diperolehi telah semakin meningkatkan minat membaca ariez...setakat semalam jumlah bacaan mencecah 269 buah buku...dan semasa membeli buku nilam yg ke 6,cikgu dok tanya..ariez masih membaca lagi ke???dan semalam juga dia mendapat lagi hadiah dari cikgu library yg berupa satu set alat menulis...dengan perasaan bangga dia menunjukkan kepada mama...itulah anak2 kecil sangat menghargai apa yang diberikan walaupun dengan harga tak seberapa...tapi tulusnya hati anak kecil...semoga semangat membaca yang disemai dari kecil akan berterusan sehingga ke hujung nyawa...

                                                       ketika menunggu giliran no.178
bang iez malu2 bila babah ambik gambar

tak larat dah berdiri lama..duduk sat sementara vip berehat keletihan

tahniah ariez naufal itulah yang diberitahu selepas ambik hadiah


ceh wah...mama nak pegang hadiah tu tak bagipun...

tahniah bang iez..lepas ni kena dapat anugerah2 yang lain pulak yer...