Sunday, May 11

Cerita ceriti di di carlton shah alam

4-9 mei..lantikan utk menjadi pemeriksa bmkpm kertas ekonomi..dalam hati 50-50..tapi demi tugas  sebagai penjawat awam dengan moto' saya yang menurut perintah 'maka kugagahi jua hati utk pergi...

Maka bertolaklah kami pd 4 mei lebih kurang jam 7.20 pagi menuju ke shah alam dan sampai lebih kurang jam 1.30 petang..

Jam 3.30 bermula mesyuarat penyelarasan skema ..semuanya berjalan lancar tpi mengambil masa yg agak panjang sehingga lebih kurang 6 petang..

Dan pemeriksaan hanya bermula keesokan harinya..dalam tempoh 4 hari segalanya harus selesai dr proses penandaan, mengisi markah dan last sekali membuat report..segalanya harus dilakukan dengan teliti dan rapi tanpa sebarang kesilapan kerana sedikit kekhilafan mungkin memberi kesan yg panjang kepada pelajar..sedaya mungkin kami pemeriksa cuba mengelakkan kesilapan..insyaallah..

Alhamdulillah segalanya selesai dalam tempoh yg dirancang walaupun pada mulanya timbul rasa serba salah dan akhirnya redha dan timbul rasa seronok pulak..sekurang-kurangnya boleh release dr urusan rumahtangga yg tidak pernah2 putus dirumah..kat sini boleh relax  jugak..tak payah masak, basuh baju, kemas rumah dan 1001 macam urusan..ank2 dirumah en suami yg uruskan..alhamdulillah tjawab dipenuhi dgn sempurna..tq en suami..akan dtg boleh pergi lg..ada teringin lg..







Wednesday, April 2

Tahniah Aliff..

Mengimbas detik 20hb 3 yg lalu serasa seakan mahu gugur jantungku dek menahan debaran demi debaran dan menanti serta menanti menjelangnya pengumuman oleh pengetua sekolah SMSAH jenan tentang keputusan peperiksaan SPM yang telah diduduki oleh seramai lebih kurang 370,000 calon termasuklah anakanda sulung kesayanganku..

Usai kelas jam 9 pagi aku dan suami terus bergegas ke SMSAH, jenan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari tempatku bertugas..keputusan akan diterima oleh para pelajar jam 10 pagi dan masih masih awal ku kira akan sampai ke sekolah..

Sebelum keputusan diserahkan kepada para pelajar dalam perhimpunan di dewan utama sekolah, satu majlis bacaan yassin diadakan sempena pemergian ke rahmatullah seorang bekas pelajar SMSAH yang juga merupakan calon SPM 2013 dan anakanda kepada guru sekolah tersebut iaitu Puan Rohaya bt Saed yang bernama amirah zulaikha..semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..apa yang menyedihkan pemergian beliau selepas seminggu tamat menjalani SPM..setelah lima tahun menjadi penghuni asrama puteri SMSAH...

lebih kurang jam 10.30 pagi debaran semakin terasa dan degupan jantung semakin kencang mengalahkan pelari pecut 100 m..mulai detik ini para ibu bapa dan waris mulai mengambil tempat masing2 bermakna kemuncak debaran semakin menggila...aduh seksanya rasa ..terasa macam nak pergi berperang...

seketika kemudian pihak pengurusan sekolah mengambil tempat...dimulai PK akademik en Mansor,pengerusi PIBG,guru penasihat Quixotic Generation 2009-2013 Pn Fauziah AJK PIBG dan guru2 sekolah SMSAH..tetapi dimana...tuan pengetua En.Abu Seman Sareh Awang...

Dimulai dengan ucapan Pengerusi PIBG,dan diteruskan dengan PK akademik..semua waris memberikan perhatian..seramai 21 orang pelajar berjaya mendapat straight A's dalam SPM 2013 ..namun sedikit masalah teknikal berlaku dimana purata nilai gred sekolah turun disbbkan seorang pelajar tidak dapat meneruskan menduduki peperiksaan kerana mengalami masalah stress yang melampau sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan jiwa dan terpaksa menarik diri dari SPM 2013 dan hanya menjalani 2 kertas peperiksaan sahaja iaitu BM dan BI..

pihak sekolah telah memohon kebenaran dari LPM untuk mengecualikan pelajar tersebut dari dimasukkan dalam analisis peperiksaan dan telah mendapat kebenaran bertulis dari LPM pada 20.12.2013..walaubagaimanapun selepas keputusan dikeluarkan keputusan pelajar tersebut telah diambil kira dan terus menyebabkan cgpa sekolah jatuh...

moralnya di sini kita sebagai ibu bapa janganlah mengharapkan sesuatu yang besar dan menaruh harapan yang tinggi terhadap anak2 kerana harapan dan impian tersebut boleh memusnahkan anak2 ..bimbang mereka akan mengalami tekanan jiwa sekiranya tidak dapat memenuhi impian tersebut..kepada Tengku Danial semoga cepat sembuh...

Akhirnya kemuncak debaran hampir sampai ke penghujungnya apabila pengerusi majlis meneruskan acara dengan mengumumkan 2 pelajar terbaik sekolah yang mendapat 9A+ dan 1A..dua-duanya sekelas dengan anakandaku aliff..satu persatu nama dipanggil dan debaran semakin menggila apabila rakan saing aliff di panggil Mohd Azmil bin Abas Seram...detik hati selepas ni mungkin aliff dan akhirnya selepas orang kelima dipanggil tibalah giliran anakandaku...tiada kata2 yang dapat diluahkan hanya deraian air mata mengiringimu anak..sejuta tahniah atas kejayaanmu dan alhamdulillah Ya Allah...

dengan penuh sebak dan rasa syukur serta bangga aku mengiringi anakandaku melangkah naik ke pentas untuk menerima slip keputusan peperiksaan..alhamdulillah..alhamdulillah dan alhamdulillah..terima kasih ya Allah engkau menerima doaku saban hari siang dan malam...dan niat nazar harus dilunaskan (alhamdulillah telah selesai dilakukan)...

dan akhirnya majlis penyerahan slip peperiksaan kepada pelajar2 cemerlang selesai lebih kurang jam 12.30 tengahari..dan diakhiri dengan majlis bergambar beramai2  dan ucapan terima kasih para pelajar kepada guru2 yang telah banyak meyumbang jasa dan tenaga mereka untuk mendidik dan membentuk genarasi Y ini menjadi modal insan yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga sahsiah diri...

Buat Quixotic Generation 2009 -2013..sekalung tahniah buat kalian kerana berjaya mengharungi pelbagai  suka duka, pahit manis,maung, masam,masin bersama2 sepanjang 5 tahun menjalani kehidupan di sekolah berasmara penuh....Tahniah kepada yang berjaya dan tidak berjaya tidak bermakna anda gagal..semoga kejayaan yang lebih cemerlang akan kalian perolehi selepas ini...

wajah-wajah gembira pelajar yang mendapat straight A

tahniah aliff..mama sangat bangga walaupun baju mama tak cantik masa naik pentas..kata kawan mama..ha ha

anak sulung yang menjadi harapan mama dan babah

hanya sempat snap dengan dia ni sorang jer yang lelain sibuk kemana tah...



Saturday, January 25

Happy birthday sayang

Hai dah bersawang2 laman ni..nampak ke dak ni..semenjak 2 menjak ni semangat utk menulis n update blog ni begitu malas...agaknya kerja2 formal semakin meningkat..alasan kot wuhaa ha ha..

Hari ni 26.1.2014 genaplah umur anak ke 2ku  9 tahun..happy birthday to you my lovely son..mama sayang sangat2 bang iez..anak nilah yg lembut jiwanya..sentiasa beralah sentiasa mengucapkan terima kasih kepada mama setiap kali mama masakkan sstu..sekali kali dpt mainan..setiap kali buat kesalahan sentiasa memohon kemaafan..

Macamana mama tak sejuk jiwanya bila berhadapan dgn ank ni..

Sempena ulangtahun kelahiran ni mama doakan semoga muhammad ariez naufal yg bermaksud dermawan yg terpuji akan menjadi anak yang soleh dan sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat serta beroleh kerahmatan Allah SWT..

Semoga cita2 bang iez nak menjaga mama nnt mendapat rahmat dan keberkatan dr illahi..

Mama sayaaaang sangat bang iez..