Tuesday, January 3

Airell dah sekolah lah....

Anak ketigaku ini seorang yang aktif dan sangat berani..boleh kata dari semua segi...sampai mamanya yang naik takut..kalau ke mana-mana pasti kena beri perhatian kat dia...kalau gi shopping lagi kena bagi perhatian,kadang2 kalau kita sibuk memilih,tup tup dia dah hilang dari pandangan...berderau darah dibuatnya...masalahnya si airell ni kalau dia nak gi mana2 dia tak bgtau mama atau babah dia...

oleh kerana keberaniannya itu,pernah dia pi pijak tebuan 2 ekor yang tersesat masuk rumah mak mertua masa kenduri ari tu,apalagi meraunglah dia...dalam kelam kabut nak balik rumah dia buat hal pulak...adik ipar cadangkan gi klinik takut ada bisanya yang akan meresap masuk dan boleh gi kat buah pinggang..dahlah hampir jam 8 malam waktu tu,cik abe pulak tak de,anak2 lain dah letih dan mengantuk..apalagi dalam kelam kabut aku drive balik rumah,hantar anak kecik dan ariez rumah pengasuh mak lang dan terus ke klinik..dalam perjalanan tengok dia ok jer,macam tak de apa2pun,tapi risau jugak...di Jitra ni bukan macam KL klinik banyak yang bukak 24 jam,gi klinik Mutiara tutup,terus ke klinik Hj Tibroni bukak lagi tapi doktor dah tak de,nak ambik ubat saja tak leh,so teruskan ke bandar darul aman,nasib baik klinik keluarga bukak lagi dan mujur orang tak ramai,setelah menunggu 5 ke 10 minit akhirnya tiba giliran kami...doktor kata tak perli inject pasal dia tak demam,cuma doktor bagi ubat demam dan tahan sakit sahaja,macam tak berbaloi aku gi..sampai rumah dan keesokkannya dia ok saja tak apapun...aku yang letih tapi demi anak apapun boleh...esoknya aku tanya,bang cik kalau nampak ular bang cik pijak jugak ke? dia jawab yalah...masyaAllah terkejut aku,lalu aku terangkan apa yang sepatutnya...hai bang cik..bang cik ...

Anakku sorang ni sebenarnya keras diluar tetapi lembut di dalam...kalau nak bercakap dengan dia kena lembut2,kalau baby minta sesuatu mainan dia, kalau kita berkeras dia lagi keras,sbb tu mama dia sentiasa kena cakap lembut ngan dia,sentiasa kena kata bang cik baik,mama sangat syangkan bangcik, barulah dia jalan...dan kalau dia merajuk,selagi mama dia tak peluk kuat2,tak belai ,tak cium, alamak berjam2lah dia  merajuk..kadang2 mama dia naik tension jugak nak kena jaga perasaan anak...apapun bangcik ni sangat rajin menolong,walaupun baru berusia 4++ tapi time aku melipat kain pasti menolong and not bad..ok dia punya lipatan...

sekarang bang cik nak masuk 5 tahun,alam tadika telah bermula,so hari pertama ke tadika tak de masalah langsung,segalanya ok sampaikan cikgu pun puji,dia tak menitik air mata setitik pun buat dek jer...alhamdulillah dan aku tak bimbang sangat kat dia ni kerana dia pandai berdikari lebih dari abang ngahnya sendiri...

buat bang cik,yang selalu berkata mama janganlah cakap kuat2 sangat,dan selalu dia kata bang cik sayang mama...mama juga sangat sayangkan bang cik dan mama sentiasa mendoakan bang cik...belajar rajin2 ya sayang....

 airell seronok tengok tadika banyak mainan


kena beratur dah tapi mana pelajar lelaki 5 tahun ni...
senyum simpul bang cik..makin tembam pasal mama dia rajin masak ....
 sebahagian kanak2 yg ditinggalkan ibu bapa kerna tugas..
budak boy yang kat depan tu paling best..di ayg demand suruh ambik pic ni...good boy berani...

No comments:

Post a Comment