Sunday, January 1

balik semula

dalam kesibukan dihambat waktu,diam tak diam..dah masuk tahun 2012...alhamdulillah masih dipanjangkan umur,masih boleh menghirup nyamannya udara,masih boleh meilhat indahnya pandangan mata dan masih mendengar indahnya bicara...

hari demi hari,akhirnya genaplah usia cuti persekolahan...hampir sebulan lebih meninggalkan dunia buku dan kehidupan di asrama, yang diumpamakan  penjara , tempat yang mengajar erti sebuah kehidupan berdikari dan mengajar ertinya sebuah kerinduan apabila berjauhan dengan keluarga,sebuah tempat yang mengajar ertinya sebuah kebahagian apabila munculnya ibu dan bapa dengan bekalan di tangan,serta ertinya sebuah kegembiraan apabila berjaya dalam peperiksaan dan ertinya sebuah persabahatan apabila tiap kali dihimpit susah dan senang...

kini tibanya masa untuk anakanda tersayang balik semula ke asrama...setelah sebulan lebih di bawah kawalan mama dan babah, kini....lerailah sudah...bahawa perjuangan harus diteruskan hingga selesai...tinggal 2 tahun sahaja lagi...buktikan bahawa SPM akan ditawan 2013....

buat anakku,Aliff Haikal...terima kasih yang tidak terhingga kerana sepanjang bercuti,banyak tugasan harian mama yang aliff sempurnakan...alhamdulillah..sekurang2nya apabila mama sampai jam 5.30 di rumah,urusan membasuh,menyidai dan melipat kain sempurna sudah...urusan menyiram pokok2 bunga kini berpatah arah semula kepada babah, pinggan mangkuk kini beralih arah semula, dan adik2 juga pasti merinduimu kerana selama peninggalan mama bekerja alifflah yang akan menghantar dan mengambil mereka dari rumah pengasuh...dan anak mama ini tidak pernah merungut kerana terpaksa mencari sarapan dan lunch sendiri kerana mengerti mama tiada kesempatan untuk menghidangkannya setiap hari...mama sangat pasti adik adib pasti merinduimu kerana dirimu yang teramat rapat dengannya dan akan hilang panggilan ayong buatmu sehingga kita bertemu kembali di tiap hujung minggu...

 apa yang pasti perasaan mama kini mulai parah..mengenangkan tidak cukup semuanya 4 orang anak dirumah...rindu pasti menyapa perasaan seorang ibu apabila berjauhan dengan anak yang dikandung 9 bulan 10 hari...tabahlah wahai hati..kerna yang pasti setiap hujung minggu pasti ketemu anak yang dirindui...

Doa buatmu anak sentiasa mengiringi dan mama sentiasa  menunaikan solat hajat...memohon dari Illahi supaya anakku ini sentiasa dilindungi,hati diterangi dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat...

Selamat menempuhi alam baru tingkatan 4...semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang....

dah dewasa anak sulungku ini...

No comments:

Post a Comment