Monday, November 5

Anugerah Cemerlang

sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar SKSAT yang telah berjaya merangkul hadiah dalam pelbagai bidang samada dalam PKSR,Kokurikulum,kehadiran ataupun NILAM...tidak ketinggalan juga buat anakanda kedua yang tersayang yang turut tersenarai menerima anugerah nilam...tempat ketiga tahun 1 dengan jumlah bacaan buku sebanyak 137 buah dari awal tahun hingga pertengahan tahun...syabas bang iez teruskan usaha membaca kerana membaca jambatan ilmu...bak kata pengarah..hanya dengan ilmu yang cukup shj membezakan kita dengan orang lain...dengan ilmu shj kita boleh menjawab soalan dengan cemerlang...

tak sia-sia ms mengandung mama banyak membaca...tapi novel jer lah...dengan anugerah yang diperolehi telah semakin meningkatkan minat membaca ariez...setakat semalam jumlah bacaan mencecah 269 buah buku...dan semasa membeli buku nilam yg ke 6,cikgu dok tanya..ariez masih membaca lagi ke???dan semalam juga dia mendapat lagi hadiah dari cikgu library yg berupa satu set alat menulis...dengan perasaan bangga dia menunjukkan kepada mama...itulah anak2 kecil sangat menghargai apa yang diberikan walaupun dengan harga tak seberapa...tapi tulusnya hati anak kecil...semoga semangat membaca yang disemai dari kecil akan berterusan sehingga ke hujung nyawa...

                                                       ketika menunggu giliran no.178
bang iez malu2 bila babah ambik gambar

tak larat dah berdiri lama..duduk sat sementara vip berehat keletihan

tahniah ariez naufal itulah yang diberitahu selepas ambik hadiah


ceh wah...mama nak pegang hadiah tu tak bagipun...

tahniah bang iez..lepas ni kena dapat anugerah2 yang lain pulak yer...

Tuesday, October 16

Ujian Allah

semalam selepas raptai penutup pembukaan kakom..aku dan murni bergegas ke gim perempuan untuk melihat latihan tarian..sesampai di sana semua pelajar telah berkumpul tetapi aik mana radio..kata mereka alya pergi ambik...so ok lah relax sambil chat ngan murni...kemudian ku perasan sebahagian pelajar berkumpul...kemudian dtg pensyarah yang in charge tarian....kak nora radio hilang...ha radio hilang...terasa darah menyirap naik ke muka...hilang kata-kata kerana memikirkan bgmana nak menjawab dengan empunya radio tersebut..kerana telah dimaklumi radio tersebut kupinjamkan kepada peserta tarian dari unit b.inggeris (sudah tentunya hak milik kerajaan)...pelbagai procedure perlu dipatuhi dan yang menjadi pokok utamanya akan dikenakan surcaj dan akan tercatat dalam buku rekod perkhidmatan...aku akan bertanggungjawab sepenuhnya andai aset  yang dipinjamkan tu atas namaku..aku sanggup terima atas kelalaianku menjaga amanah yang diberikan...hilang kata-kata sebentar...dan terasa amat kejamnya aku dan murni kerana melangkah pergi meninggalkan mereka dengan kata-kata supaya uruskan...terasa begitu ego aku sebagai ketua membiarkan pelajar2 tersebut dalam ketakutan (mungkin) dan ada yang menitiskan air mata kerana kekesalan..aku hilang upaya ketika itu...tidak boleh berfikir secara rasional menyelesaikan masalah yang kecil...ujian apakah ini yang diturunkan buat aku ketika ini...

Sesampai di lobi pentadbiran dan thumb out,aku menaiki kereta yang telah sedia ada menunggu...ku ceritakan kepada suami untuk mengurangkan resah dihati...lega sedikit mendengar penjelasan suami..namun fikiran tetap melayang memikirkan kemungkinan2 yang akan berlaku keesokkan...sepanjang perjalanan fikiran menerawang..macam2 yang aku fikirkan..kebetulan selepas napoh berlaku kesesakan jalanraya yang sangat teruk..tak pasti apa puncanya...menambahkan lagi kesesakan dalam hati..sang suami sibuk menelepon kengkawan nak tahu apa punca...tambah lagi rasa nak marah..akhirnya sepanjang perjalanan rupa2 aku dok marah sampai si suami terasa hati...akhirnya kami mengambil jalan short cut untuk sampai ke Jitra...

Sesampai di rumah...masih lagi ketenangan tiada dalam hati ini...telepon ke sana sini ( ct,alya,murni )dan sms saling bertukar ganti...

usai solat maghrib,deringan telefon bergema kembali...dtgnya dr jurulatih koir yang menyatakan kesanggupan untuk menolong merakamkan suara pel2 koir tanpa sebarang kos...alhamdulillah hikmah apa yang Allah berikan ini...kau datang ujian dan Kau berikan hikmah...

Usai solat isyak,ku tunaikan  solat hajat..memohon keampunan di atas kekhilafanku dan memohon Allah melembutkan hati sesiapa yang telah mengambil radio tersebut supaya memulangkannya... 

Masih terngiang ditelingaku pesanan murni...kak sebelum tidur jangan lupa berdoa supaya Allah menolong kita dan supaya orang yang mengambilnya memulangkan kembali..dan itulah yang kulakukan sebaik habis membaca surah2 yang sepatutnya...

Jam 5...seperti rutinnya..selepas tahajjud,taubat,dan sempat aku berhajat supaya Allah mengabulkan hajat ku supaya radio tersebut dipulangkan  dan diakhiri sunat witir...akhirnya aku beroleh ketenangan..aku akan menghadapi apa yang berlaku...

Pagi ni orang pertama kutemui adalah KU..meminta pandangan dan nasihat kerana berdasarkan pengalaman isterinya yang pernah melalui pengalaman yang sama...dan tindakan seterusnya berjumpa personal incharge bahagian aset tersebut dan syukur kerana kesudiannya membantu...

Terima kasih yang tdk terhingga buat kak yan kerana telah meleraikan segala masalahku...akhirnya radio tersebut kini berada ditanganku semula.....Terima Kasih yang Allah...

Terima kasih murni kerana sanggup bersusah bersamaku dan Ct kerana sudi membantu...dan sekiranya sesiapa ditimpa masalah dan dia redha dan beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberikan sesuatu yang baik kepadanya berdasarkan tafsiran ayat 11 Surah At Taghabun...

Ayat 11: Firman Allah (a.w): (Maksudnya:)'Tidak menimpa dari sesuatu musibah kecuali dengan izin Allah (a.w), dan barangsiapa yang beriman dengan Allah (a.w) Dia (Allah (a.w)) memberi petunjuk dalam hatinya; dan sesungguhnya Allah (a.w) dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.'


Manusia itu akan menghadapi berbagai dugaan dan ujian berbentuk musibah, i.e. sesuatu kejadian yg menimpa dirinya atau keluarganya, dalam hidupnya yg tidak disukainya dan yg menyayat hati atau yg menyedihkannya dan yg memilukannya, yg menjadi kenangan sepanjang hidupnya. Namun, semua musibah itu datangkan dengan izin Allah (a.w) kerana telah diqadarkan oleh Allah (a.w) pada setiap seorang kita segala sesuatu. Qadar terhadap setiap kita itu telah ditentukan Allah (a.w) 50,000 tahun sebelum langit dan bumi dijadikan. manusia dijadikan lebih kemudian. Malah jinn dijadikan lebih awal dari manusia pertama, ie. Adam (a.s). Justeru itu qada' dan qadar kita akan berjalan sebagaimana yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam kitab catatanNya, sudah tertulis. Namun, sebagai orang Islam dan beriman kita diberitahu bahawa tiada siapa yg boleh menukar qadar, kecualilah kita berdoa dengan mengharapkan Allah (a.w) ubah qada' dan qadar kita. Yakinlah qada' dan qadar hanya boleh berubah dengan doa [Hadith].

Tuesday, September 4

cuti-cuti merdeka

pengisian cuti merdeka bagi kami tak lain tak bukan dengan mengunjungi tempat rutin kami...mana lagi kalau tak taman tema tasik darul aman golf n country club...bermula dengan malam ambang merdeka di kmk dan diikuti dengan hari merdeka di taman tasik tu...

selepas sambutan ambang merdeka dikmk,kami terus ke tasik untuk melihat sambutan di sana pulak...dimulai dengan ceramah agama oleh ustaz kasim elias,diikuti nasyid dan persembahan oleh kumpulan yang dipilih..acara kemuncak malam tu ialah tembakan bunga api tepat jam 12 malam...acara yang dinantikan oleh orang ramai samada dari tasik atau lebuhraya utara selatan...

sebelah siang diikuti acara untuk kanak2 seperti pertandingan mewarna,persembahan gerak gempur tentera dan pameran...anjuran kelab pemuda UMNO kubang pasu...

sentuhan terakhir pada petang sambutan kemerdekaan

pelajar mengambil tempat


sebahagian pensyarah kmk yang hadir


dik dib pun join sama tapi tak dok diam dalam majlis


akhirnya terpaksanalah saya mengeluarkan diri dari majlis yang berlangsung disebabkan dik dib tak dok diam takut mengganggu perjalanan majlis..masa ni tengah tunggu babah sampai untuk ke tasik pulak


tak sempat dengar ceramah ust kazim...dah habih tengah dok makan...


my favourite ust yang lawak bila bagi ceramah


acara petang merdeka untuk kanak2 riang ni


bang iez seronok main dalam castle angin ni
mama n adib...posing lagi noo
moga cuti yang singkat ni dapat menghiburkan anak2 dengan menghabiskan masa bersama...quality time better than quantity...for our kids...

Sunday, September 2

Ambang Merdeka

salam syawal dan salam merdeka kepada semua pengunjung yang sudi singgah di laman diary hati ni...

tiada perkataan yang dapat menggantikan perkataan Alhamdulilah kerana berakhir sudah acara sambutan ambang merdeka untuk peringkat kolej matrikulasi. setelah hampir 2 bulan merancang,dari acara kempen kibar jalur gemilang,diikuti sambutan bulan kemerdekaan dan akhirnya sambutan ambang merdeka...

kalau ikutkan hati rasanya tidak tertanggung dengan beban kerja yang diletakkan diatas pundak jemala ni..namun tugas buat kita tetap perlu dilaksanakan...suka atau tidak,gembira atau duka,bahagia atau derita,segalanya perlu diteruskan...

sebelumnya acara sambutan bulan kemerdekaan,dibawah JK sambutan kemerdekaan tetapi sekrg telah dimasukkan dalam JK 1 Malaysia,mahu atau tidak kami terpaksa rela membuat semuanya...alhamdulillah atas komitmen semua JK 1 Malaysia akhirnya selesai sudah acara yang memang dituntut oleh BMKPM.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Azalan selaku,penasihat JK 1 Malaysia yang sangat memahami...Pn Zaiton Che Soh Pengerusi 1 Malaysia,En.Zaki Penyelasa 1,dan tentunya kak ani fikri setiausaha yang banyak menabur jasa atas sumbangan tenaga dari menyedia kertas kerja sehinggalah selesai acara dan barisan krew persiapan pentas Yuppa,Syafaz,Aslindawati dan Azliza dan lan serta pekerjanya atas sumbangan idea dan tenaga fizikal...hanya Allah yang dapat membalasnya...
 Buat siti tipah,terima kasih atas curahan idea dan sumbangan persembahan semasa ambang merdeka...

Sebagai penyelaras 1 JK 1 Malaysia,merangkap ketua Persiapan Pentas,sempat dirakamkan suka duka semasa menyediakan pentas...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...mujur titik jernih dari kelopak mata tidak sempat mengalir....

bunga baru yang sempat dibeli menggantikan bunga kuning pentas yang rasa telah lama tidak berganti

gabungan lama dan baru


bunga lama telah digantikan


team persiapan dewan sedang menyumbang tenaga


team sedang memasang scallop


benda-bendera digantungkan oleh pekerja upahan


baru separuh jalan bersambung lepas rehat jam 2


sentuhan akhir memasang scallop


pentas diserikan dengan lampu lip lap..kerja2 menyiapkan pentas diteruskan walaupun rehearsal berlangsung..kerja2 hanya berakhir hampir jam 7 petang...

sempat aku n yuppa posing


bersama org kuat program che ton,kak ani,siti,yuppa n me..


aku ada gaya jadi bos tak????


Sunday, August 26

warna warni raya 2012

salam kepada semua rakan-rakan yang membaca blog ni...rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...

berlalulah sudah ramadhan dan menjelma lah sudah syawal yang dinantikan...semoga raya pada tahun ini lebih mendekatkan kita dengan orang-orang yang disayangi dan tentunya pelbagai kenangan manis yang ditinggalkan...

setelah sekian lama tidak berhari raya di sini,maka tahun ini raya pertama disambut dirumah mertua,selalunya tiap-tiap tahun akan pulang berhari raya di kgku Gemas,Negeri Sembilan...

kesempatan yang mendatang,maka lensa sempat merakamkan detik2 manis menyambut syawal dipihak mertuaku...yalah selalunya tiap-tiap tahun keluarga kak long tak da...kali ni 2012 ada..so apalagi posing timelah..

keluarga besar mertuaku...4 orang anak + menantu + 12 orang cucu
buat arrangement sebelum posing

keluarga sulung

keluarga bang ngah
keluarga bang cik

keluarga dik ja adik bungsu


my father n mother in law...masih steady


minta maaf mak dan ayah...semoga diampunkan segala dosa2 yang disedari atau tidak disedari..halalkan segala makan dan minum..moga menjadi menantu yang disayangi...

acara bermaafan sesama kami..


maafkan bang cik mama...


dik dib bermaafan dengan pak lang...macamlah ada dosakan..suci bersih lagi


anak sulungku yang semakin tinggi dari mamanya


anak keduaku juga semakin tinggi mengejar ketinggian alongnya..

selepas sesi bermaafan dan makan-makan,akhirnya lebih kurang jam 12 lebih maka bertolaklah kami balik dari Jitra menuju Gemas...dalam perjalanan pulang,kami diiringi hujan sekejap2 lebat,kadangkala gerimis dan mengambil masa lebih kurang 8 jam akhirnya kami selamat tiba di rumah mak lebih kurang jam 8.30 malam..

alhamdulillah selamat sampai dengan,  cuma jlanraya jem dari bukit putus ke pekan kuala pilah,


ketika beraya di rumah mak long kakak ayah di kuala pilah bersama ahli rombongan..hanya setahun sekali dapat berkumpul beramai-ramai dengan adik beradik,anak-anak saudara dan menantu2...

banyak kenangan yang tidak sempat dirakamkan,terutama semasa sesi jejak kasih dengan rakan-rakan sekolah yang telah hampir 20 tahun tidak berjumpa...kameraman tahun ni yang merupakan anak sulung tak brapa civi dah nak pegang dslr tu..

moga berjumpa lagi di raya tahun depan...insyaallah jika Allah mengizinkan...


Tuesday, July 24

Today Is My Birthday

salam ramadhan buat semua pembaca blog ini yang disayangi...lama sangat dah tak update noo dah hampir sebulan...bukan apa tak dan memanjang...bila nak menulis dalam blog jer student datang...,student datang jer nak menulis blog...sebab depa tak lama lagi nak UPS...pasai satu lagi kerja2 clerical ni berlambak nak buat...oh my KAKOM jadi ke dak ni...

hari ni 24.7.2012,bertambah setahun lagi usia, dan jatuhnya birthday kali ni di bulan ramadhan...alhamdulilah semoga segalanya mendapat  barakah dari ALLAH SWT.....

alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas dan diberi lagi kesempatan untuk menempuhi sebuah perjalanan kehidupan...yang tidak pasti bilakah akan terhenti...

terima kasih kepada rakan taulan dan anak-anak didik yang sudi mendoakan kesejahteraan di dunia dan akhirat...hanya Allah jua yang dapat membalasnya atas ingatan kalian...

harapan dan doa supaya Allah mengampunkan segala dosa2 silam,menambahkan keberkatan dalam kehidupan,menyihatkan tubuh badan,menjadikan anakku ,anak2 yang  soleh dan beroleh kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan akhirat...



bersama anak-anak tersayang..aliff,ariez,airell n adib
semoga aku terus diberi peluang untuk melihat mereka membesar  hingga hujung usia  ......

Monday, June 18

My New Car

lama sungguh dah tak update blog ni..agaknya dah penuh dengan sawang...sejak naik kerja 20.5 ari tu sampailah la ni rasa macam tak berapa nak sempat update...sibuk memanjang dengan minggu pendaftaran pelajar baru,persediaan kuliah dan tutoran,persediaan untuk aktiviti  KAKOM bulan 11 ni...sebagai Ketua JK persembahan ibarat macam tokey funfair semua kena buat, dengan bajet yang belum tentu lepas poning palo den pikir.....

dalam sibuk-sibuk tu satu perkara yang masih sempat buat dan kena buat jugak ialah trade in kereta baru...waa akhirnya dapat jugak merasa pakai kereta baru ni...walaupun cadangan asalnya nak kereta lain yang lebih besar...lebih menjadi idaman tapi....disebabkan menggunakan pepatah orang tua...ukur baju di badan sendiri maka hok yang ni pun kira okeylah...

so meh kita tgk my old car dulu...


kenapa tukar kereta ni walaupun baru 2 tahun pakai...sama umur dengan anak keempat tu baru 21/2 tahun...masih muda lagi usianya mungkin belum puas gunakan lagi, semuanya masih elok...masih ingat lagi baru jer lepas pantang waktu tu,belum naik kerja lagi ,gi maybank sain agreement untuk beli kereta ni dan trade in dengan  kereta Naza Citra...

kereta ni sebenarnya ok...luas sesuai untuk 4 orang anak...aircondpun okey ada ditengah dan belakang,pokoknya anak2 tak berebutlah untuk sejuk dan harganya pun kira oraitlah...kemudian setelah dimake-upkan oleh sang suami lagi nampak cantik...cuma kelemahannya ccnya agak kecik 1.6,bodynya besar so performancenya agak kureng sikit,terutamanya semasa naik bukit,agak kepenatan sikit kereta ni,sekali dengan orang didalam kereta agak penat jiwanya...tambahan pulak bagi kami yang selalu balik kampung dari Jitra ke Gemas bila melalui negeri Perak yang berbukit bukau tu...alahai faham2 jerlah...rasa letih...oleh kerana performance yang agak kureng maka setelah diberi rezeki dari Allah...syukur alhamdulillah maka secara rasminya kereta ni bertukar tangan.....sedih memang sedih bila nak gi hantar kat kedai tu...banyak dah jasanya bawa kami ke sana ke sini...akhirnya dilepaskan ke tangan orang lain...

sekarang  kereta ni pulak yang akan memberikan jasa kepada kami...meh kita tengok my new car...

dari pandangan depan...honda stream kalernya sama cam kereta exora tu...silver pilihan hati

dari sisi hadapan
dari arah belakang...no plat yang berkenan setelah tak banyak pilihan yang ada...
dari sisi kereta
nampak ada muka sedih tak nak hantar kereta lama ni kat kedai...
moga kali ni kereta ni bertahan lama sikit...sebagai tenaga pengajar ekonomi kat sini,selalu menerangkan kepada student masalah ekonomi wujud disebabkan sumber2 yang terhad,sedangkan kehendak manusia tidak terhad,apabila satu kehendak dipenuhi maka akan timbul kehendak lain...kerana manusia tidak akan sentiasa puas dengan apa yang mereka ada...Tepuk dada tanya iman.....