Monday, June 21

airell

hari ini lebih kurang jam 5 pagi selepas menyusukan sikecilku Adib aku dapati anak ketiga ku Airell tidak boleh tidur,rupa-rupanya dia tidak sedap badan nak termuntah dan selepas itu dia asyik muntah-muntah sehinggalah jam 6.30 pagi.sebagai ibu yang penyayang terpaksalah aku korbankan tidorku menguruskan simanjaku itu.dengan linangan air mata si kecilku itu meminta agar aku tidak bekerja..dengan perasaan sayu dia berkata mama nak gi keje ke..nak buat apa? dengan rasa terpaksa aku menjawab ya sayang..mama kena gi keje (kalulah aku ni bos yang ada bisnes sendiri tentu aku tidak sanggup untuk bekerja pada hari ini kerana aku tau simanjaku itu sangat memerlukanku..namun apalah daya ku.jarum jam menunjukkan hampir jam 7.20 pagi dengan terpaksa aku menyuruh hubby untuk mangangkat airell yang kelihatan tidak berdaya kerana asyik muntah dan tidak dapat tidur ke rumah mak lang yang merupakan pengasuh yang sangat baik dan prihatin.harapanku... kepada mak lang moga dapat menjaga simanjaku ini dengan sebaik mungkin. kemudian tibalah giliranku untuk menghantar sibabyku pula Adib ke rumah mak lang..lantas kuceritakan apa yang dialami airell kepada mak lang dengan harapan moga dia dapat memberi perhatian yang lebih dan sekiranya ada apa-apa yang berlaku diharapkan agar dia dapat menelefon hubbyku untuk membawa airell ke klinik.lebih kurang jam 11 pagi ku call mak lang untuk bertanya airell...maklumbalas cuma sekali je airell muntah dan lepas tu ok...lega rasa hati keibuanku..oh anak tanpamu siapalah mama....walaupun airell merupakan anak ketigaku yang paling aktif dan pada pandanganku merupakan seorang anak yang bijak...kadangkala tingkahmu membuatkan mama pening untuk mengawal tapi...ketidakaktifanmu pula membuatkan mama runsing....ketahuilah sayangku airell mama amat menyayangimu sepertimana abang-abang dan adikmu....

No comments:

Post a Comment