Tuesday, December 21

Perjalanan Balik Ke Jitra

 menuju ke kedai makan R & R tapah
 sempat lagi posing
 acara wajib kalau singgah kat sini mesti pekena ais krim
 sedapnya ais krim meh ler join

 pic ni masa on the way gi kuantan relaks sat adib nak mandi
 gaya orang baru bangun tidur..sempat lagi bagi pose...baby mesti comelkan... 
 relax n posing ler
 kat R & R Temerloh
 Aku di depan kereta baru.....
 kalau bergaya tak kalah gaya anak teruna ni...
kat kedai souvenier R & R Temerloh

Keesokkannya 6.12.2010 setelah bersalaman dengan semua ahli keluarga yang lain...lebih kurang jam 10.30 pagi kami bertolak pulang...bukan ke Jitra terus tapi ke Seremban menuju rumah kakakku yang ke 4 Kak Leha yang tidak turut sama join family day kerana ada komitmen lain...

Sebelum ke Seremban aku akan singgah ke rumah along dulu di Serting,Bahau untuk menghilangkan lelah dalam perjalanan...Aku tidak pulang sendirian ke Seremban kerana aku berkonvoi dengan along yang turut sama pulang ke rumahnya...

Perjalanan dari Kuantan ke Serting memakan masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan yang agak membosankan kerana sepanjang perjalanan dikelilingi dengan hutan-hutan,jalan yang berbukit bukau,dipenuhi dengan lori-lori balak,sementelah jalan pula 2 hala susah nak memotong kenderaan yang besar dan panjang serta pemandangan yang terhad kerana berbukit bukau.

Dalam perjalanan kami singgah makan pagi kat Bandar Muazam...erm nampaknya ada rezeki makan nasi dagang...walaupun bukan nasi dagang Terengganu nasi dagang Kelantan pun sedap...Tadi sebelum keluar dari rumah Mazlah kami hanya sempat minum pagi sahaja kerana adikku Mazlah kena gi meeting marking paper...so tuan rumah tak de..faham-faham jelah..

Keluarga ku campur family along yang seramai 3 orang sahaja menikmati nasi dagang + cekodok pisang yang sedap + berbagai bebola ketam,udang + teh tarikjumlah RM 40 lebih...boleh tahan jugak harga walaupun tempat tersebut bukanlah tempat R & R..mungkin sebab plat keta kami KCS kot..tak pelah janji perut konyang..

Akhirnya lebih kurang jam 2 lebih maka sampailah kami kerumah along...Lega boleh rehatkan badan...hubby ambik kesempatan tidur...maklumlah driver letih ke sana ke sini...bawak sorang-sorang..suamiku sekali-kali tidak akan membenarkan aku bawa kereta bertukar dengannya walaupun dia penat...tak pelah asalkan selamat sudah...

Setelah dijamu minum petang dengan mee goreng sedap dan air teh maka kami bertolak ke Seremban rumah kakakku yang keempat...Akhirnya kami merehatkan diri lebih kurang 45 minit berikutnya...Lega kerana si Adib babyku akhirnya jumpa dengan buaian setelah berhari-hari tidak merasa tidur dalam buaian...dok tidur dalam dakapanku sahaja...sebab tak berhenti berjalan...

Esoknya lebih kurang jam 8 pagi maka bertolaklah kami ke Jitra...rumah kakakku dengan  highway senawang jadi memudahkan dan memendekkan perjalananku ke Jitra...  

Lebih kurang 8-9 jam perjalanan akhirnya KCS 9696 selamat di parkir di no.593 Taman Suria 2...Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat kembali....

Insyaallah kami semua akan berjumpa lagi di Port Dickson untuk family day 2011....sampai jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment