Sunday, May 6

dapat lagi

kali ni impian  jadi kenyataan...pernah suarakan kat cik abe nak tukar wallet tu rasanya dah lama sangat...walaupun masih elok tapi teringin nak tukar yang baru rasa cam dah jemu lah pulak...tapi oleh kerana dia barangan maka walau dah jemu bolehlah tukar2...tapi kalau jemu kat cik abe tak leh buat apa dah...wakaka...

hari jumaat pulak...lepas balik sembahyang jumaat tu dia kata ari ni kita nak gi mana pulak...jom kita jalan2 alor setar nak tak..tgk2 kat alor star mall...so apalagi pucuk dicita ulam mendatang...orang perempuan ni pantang kalau disebut shopping...demam pun boleh jadi baik..

so lepas melawat aliff kat asrama, teruskan perjalanan ke alor star mall...ramainya manusia, maklumlah weekend di kedah, tambahan pulak mei bulan sale dan tambahan pulak kakitangan awam dapat gaji baru beserta tunggakan...sebab tulah punya ramai manusia menyopping...

asalnya cik abe suruh tengok2 dulu,handbag yang mana elok sebab mmg dia dah janji nak belikan, nak gantikan handbag aigner yang dah 2 tahun tu rasanya...rasa dah jemulah pulak...teringin nak baru..tengok punya tengok tak berapa nak berkenan,pilihan jenama tak banyak kat alor setar ni,lainlah kalau dok kee eel nu...macam2 ada...

akhirnya abe kata,handbang tak yah beli lagi tgk wallet dulu...waa ini sudah menarik..ini tak termasuk janji abe nak beli...so cari punya cari maka berkenanlah ini jenama...color merah lagi...yg lama dah kaler hitam so bagi kelaian sikit dan nampak cantik dimataku...abe si tukang bayarpun berkenan so...apa lagi tangkap jerlah...new arrivallah, no discount...price boleh tahan beb...tapi konsep alah membeli menang memakai digunakannnn...so berbaloi...

anyway terima kasih suamiku ...masih dok tunggu handbag yang dijanjikan...nnt gi kl hujung minggu ni jangan lupa carikan disana yer..

so selamat tinggal wallet CARLO RINO yang banyak berjasa dan selamat digunapakai SEMBONIAKU...moga lebih berjasa dan tahan lama....



lebih kurang begini my wallet tapi lebih cantik sebab ada ribbon...maleh nak tangkap gambar amik dr website jerlah...

No comments:

Post a Comment