Tuesday, December 4

Terukir sebuah kenangan

segalanya telah berakhir...alhamdulillah biarlah ianya berlalu pergi...

cukup-cukuplah apa yang ditanggung,cukup-cukuplah apa yang dirasa...biarlah ia pergi dan akan tetap datang menghampiri setelah tiba masanya...tapi mungkin dilain posisi...

hanya ini yang sempat di ambil,hanya ini yang sempat dirakam...cukuplah sebagai kenangan di malam penutup KAKOM 2012...

hampir 4 bulan membuat persediaan...biarlah apa orang nak kata,biarlah apa orang nak nista,biarlah apa orang nak cerca,biarlah apa orang yang cerita...asalkan segalanya berjalan dengan jaya walaupun cela di sana-sini...biarlah...biarlah...

terima kasih yang tidak terhingga buat warga KMK yang sama2 menyumbang sehingga berakhirnya KAKOM 2012...terutamanya AJK persembahan kebudayaan di majlis perasmian pembukaan,malam jamuan mesra dan majlis penutupan...

buat kamilia,nor hayati,arinawati,siti munirah,kak yong,murni,syiqah,jannah,siti nadiah dan dah tentunya siti tipah yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk menguruskan pelajar2 yang terlibat dalam bahagian persembahan...hanya Allah yang mampu membalasnya...

disini juga dititipkan kemaafan andai ada terkasar  bicara yang menyentuh jiwa,andai ada perbuatan yang mengusik perasaan...maafkan kerana kelemahan itu datang dari sy sendiri...sebagai manusia tidak lepas dari sebarang kekhilafan...

buat kenangan untuk penari zapin dibawah bimbingan siti tipah dan nad..terutama nasrul,wan,aslam,sobri,iqram,megat,yong dan zhi wei...terima kasih kerana membantu saya selama ini...tahniah untuk kalian kerana berani muncul membuat persembahan...

 nad sedang menyolekkan penari ni...ada gaya mak andamkan..
 cik tipah yang depa panggil ibu macam mak-mak menyiapkan anak..tq siti
 bob pelajar akaun yang mempunyai bakat sbg jurusolek..tq bob sbb mencantikkan wajah depa
 aku tukang mantau jer
sempat lagi tu posing
 sian nad n syiqah tak dan nak makan dok menyiapkan bebudak tu..makan jangan tak makan
nyalakan pelita tu sebelum show

No comments:

Post a Comment