Wednesday, March 30

Datang dan Pergi

Kata orang dulu-dulu...

setiap yang muda akan menjadi tua,
setiap yang patah akan tumbuh semula,
setiap yang hilang akan berganti,
setiap yang hidup akan mati,
setiap yang datang akan pergi.

Itulah lumrah dalam kehidupan...yang datang akan pergi,walaupun yang pergi takkan sama dengan pengganti...

Majlis persaraan Pn Normi telah diadakan pada 24.3.2011 sempena genap umurnya 58 tahun...sebagai penghargaan ke atas jasa-jasa yang telah disumbangkan selama ini...walaupun kurang mengenali secara peribadi tetapi pemergiaan tetap dirasai...

Sempat merakamkan detik-detik akhir Pn Normi Dahar selaku Kaunselor di KMK sebagai kenang-kenangan...moga Pn Normi terus menikmati kebahagiaan dalam kehidupan walaupun bukan lagi sebagai kakitangan kerajaan.

 Kak Normi memberikan ucapan terakhir
 kami kat mana-mana pun tetap begini

 salam perpisahan dari teman-teman
 airmata mengiringi perpisahan
senyuman terakhir dari kak Normi

dari kami di KMK selamat jalan buat Puan Normi bin Dahar....jasamu dalam kenangan.

Tuesday, March 29

Membaca

Anakku yang sorang ni sangat suka membaca...

tapi sebelum membaca dia akan pilih buku yang dia suka...dan lihat lah cara dia memilih buku...

Langkah 1 - teraburkan semua buku sebab tak tau nak pilih  yang mana satu


Langkah 2 -  biarkan buku yang telah dipilih dalam keadaan bersepah


Langkah 3 - dengan senang hati rehat sat dah letih teraburkan buku


Langkah 4 - tanpa rasa bersalah biarkan aje buku tu sebab tak menarik jumpa benda kecil yang menarik...kot-kot boleh makan


haa itulah namanya si Adib..naik jemu aku menyusun buku-buku tu kat rak..pantang nampak kemas mesti dia sepahkan..aduh sayang ooi cepatlah besar mama dah letih ni dok menyusun buku-buku tu tiap-tiap hari...

Moral of the story ni ...tanamkan sifat membaca dikalangan anak-anak ketika masih kecil!!!!

Sunday, March 13

Cuti ke Penang lagi

Manafaat TPM mai ari tu semua pensyarah dan staff KMK dapat cuti sehari...off record.Jadi masing-masing apalagi merancang untuk kemana-mana bersama family...tambahan pulak sekarang ni cuti sekolah seminggu...tidak terkecuali aku ler

Kemana nak pergi ni...nak balik kampung terasa jauh sangat dari Jitra ke Gemas,mengambil masa 9 ke 10 jam,letih ari tu masih lagi terasa,tambahan pulak anak teruna sulungku dah tingkatan 3,bermakna tak lagi nak ambik PMR...cuti tak boleh lama sangat nanti tak sempat nak buat kerja sekolah yang berlambak-lambak termasuk 3 folio yang terpaksa disiapkan.Kesian pulak kat dia kalau balik kampung dah tentu-tentu punya ambik masa...lagipun mak dan ayah tak ade ni mereka bercadang nak gi rumah adikku kat Kuantan nak main air kat Gambang...ala macam Carnival tulah @Bukit Merah@Tambun tu...

So rancang punya rancang bawak anak-anak gi Penang jelah,sebelum tu singgah main air kat The Carnival Sungai Petani. Kira ok ler tu janji dapat relax ngan anak-anak,kat rumah ni bukan boleh relax,ada je benda nak buat...kalau gi bercuti tak payah masak,tak payah basuh baju,tak payah lipat kain,tak payah menyapu sampah,tak payah sapu sawang,dan macam-macam tak payah...tapi kenalah makan,mandi,sembahyang...tu yang seronok gi bercuti tu.tapi bila balik tu dia bertimbun kain baju kena basuh,kena lipat dan kena semua,maknakata kena qadha balik...aduh lotihnya....

aku ngan Adib kat depan tempat penginapan kami ari tu
aku dan posing sorang-sorang dalam bilik
tengok muka anak-anak terunaku ini dah sunburn akibat banyak sangat main air kat kolam hotel n Carnival
Ariez malu-malu kucing bila diajak bergambar
depan Copthorne sebelum naik kereta
2 orang anak teruna yang umpama racun dan penawar
si darlingku seronok bila diambil gambar..nampak gigi baru naik 3 batang
sebalum mandi ambik gambar dulu
si bongsuku yang dah mula membesar
singgah sat kat Gurun breakfast
kat restoran The Nando's

 On the way balik singgah sat kat Plaza Gurney...seronoknya bila boleh shopping...banyaknya sale buat  hati perempuan ku jadi rawan untuk membeli...tapi kena tanya iman sabar banyak-banyak...tapi dan jugak sambar 2@3 blouse sebagai kenangan..ceh wah..untuk suami dan anak-anak tetap ada..makna kata semua yang pergi ari tu dapat habuan masing-masing cuma bahagian mak je yang lebih sikit..kira betullah tu sebab mak sorang je perempuan kan kan kan.

sebelum balik anak-anak dah lapar,nak makan kat mana ni,cadangan asal nak makan kat McD tapi punyalah ramai manusia nak cari tempat kosong pun tak ada,akhirnya masuklah kat restoran fast food jugak The Nando's. First time masuk tak tau nak makan apa akhirnya pilihlah set untuk 4 orang makan terdiri dari Grilled Chicken (boleh campur pedas dan tak pedas) yang tak pedas campuran herbs n lemon,yang pedas pulak tambah hot peri-peri,chicken sup (ala-ala sup kat Pizza hut) 4 pinggan bukan bowl + roti bun sebesar mangkuk adalah 2 biji,chip semangkuk yang original,salad aku tukar ngan chip peri-peri,sejag lemon juice dan nasi macam nasi jagunglah semangkuk setengah.Bila sampai semuanya mak ai banyaknya boleh habis ke...tapi memandangkan anak-anak ku lapar dan rasa ayamnya yang lembut dan sedap maka habis lah sang ayam, lebih kurang seekor ayam tu sebab dibelah 4 sahaja.Punyalah mengah + ngan sup adoi hai..kenyangnya.cuma yang tak mampu habis ialah chip maksimum dah dalam perut tak leh nak gi dah..

Jeng jeng jeng,semua orang bangun sebab dah nak balik...time nak bayar tengok betul-betul ya mata bukan RM 54,bukan RM 84 tapi RM 114.60.Mak ai kami macam orang kaya hari tu untuk sepetang sahaja makan ari tu jumlah banyak tu...sebelum tu tengahari dah pekena nasi kandar kat Subaidah,malam sebelum dah pekena pasembor kat Padang Kota.Hitung punya hitung berbaloi-baloilah cuti semalam kat Penang...tapi tak pelah rezeki anak-anak....Allah S.W.T bagi.

Anak-anak yang kekenyangan,akhirnya zzzzzz tertidur keletihan setelah bercuti 2 hari 1 malam...aku jugak yang tak tidur.....

Monday, February 28

TPM mai KMK

 crew JK keceriaan yang ceria sokmo
 pentas perasmian Budaya Kelestarian
 Pentas utama- ketuanya Kak Yan

Ketua kami Kak Yati sedang menyusun atur batuan
aku yang sempat berposing walaupun letih bekerja
macam pelancong siam pun ada
madu cendera hati buat TPM

Kak Ida sedang mengemaskini cendera hati untuk TPM
senyuman pengarah penawar hati semua JK
crew keceriaan sempat berposing dengan pengarah
Team Keceriaan yang selalu kemana-mana bersama
walaunpun nampak gelap kerana menyusun pokok-pokok tapi gigi tetap kelihatan

Pada 24.2.2011,hari Khamis TPM ada program di KMK...TPM sempat merasmikan Budaya Kelestarian dalam Program Matrikulasi Bersama-sama masyarakat.

Persediaan yang rapi dilakukan oleh semua Jawatan kuasa...sebagai kenangan di sini dipaparkan gambar sebagai kenangan....

Biarlah gambar berbicara sebelum dan semasa majlis berlangsung.... 

Sunday, February 27

Pondok kecil makna seribu

 pandangan dari depan pondok
 pondok yang menjadi idaman akhirnya kumiliki
 lagi gambar pondok yang ku ambil dari depan
 tempat permainan anak-anak kecilku kini

 orkid ku yang tak mahu berbunga
 pokok keladiku yang masih dara
 pokok-pokokku yang mula mahu membesar
beberapa pokok-pokok bunga yang sempat ku tanam

Sejak menyertai JK keceriaan ni minat semakin mendalam menghiasi laman rumah dengan kehijauan pokok-pokok...tambah-tambah dengan Ketua kak Yati dan Kak Ida yang sangat seni dengan hiasan taman,landskap kolej yang asalnya agak kureng kini bertambah cantik dengan suntikan  pokok-pokok baru  dan batu-batu yang menjadi trademark....

Aku yang dulunya tak brapa minat sekarang bertambah minat dan sekarang sanggup melabur dengan membeli pokok-pokok,tanah dan pasu..melihat pasu-pasu yang Kak Ida beli cantik-cantik menambahkan minat untuk memiliki tapi kemampuan yang kurang ...sekadar membeli apa yang layak dan sepatutnya...

Kini aku mula mengenali Juniper,Pain,Winter Sonata,dan yang lain-lain (sekadar menyebut beberapa pokok) semasa dalam JK keceriaan ini..terima kasih kak Yati memilih saya sebagai ahli...banyak manafaat yang saya dapat...idea yang diterima kini ingin dicurahkan pulak kat rumah sendiri...

Baru-baru ini berpeluang memiliki pondok kayu yang memang dah lama ingin dimiliki...berkesempatan menghiasi pondok dengan beberapa pokok bunga yang ditanam sendiri...sukanya melihat kehijauan,tapi belum mampu menandingi taman Kak Ida yang berseni atau Kak Yati yang cantik...masih menjadi amatur belum profesional...

Satu hari nanti ingin membuktikan kepada diri sendiri keindahan laman pasti dimiliki....

Wednesday, February 16

1st Birthday Adib

 Birthday cake no.1 untuk ulang tahun pertama
 Mama tolong angkatlah untuk potong kek
 sambal sotong
 ulam-ulaman tidak boleh ketinggalan
 ikan termenung goreng wajib bagi orang Kedah buat lauk
 sayur campur
 ayam masak kicap

 airell yang demam turut seronok menyambut birthday adik
 kari ikan tongkol dan ikap siakap
Sempena cuti Maulidur Rasul pada hari selasa bersamaan 15.2.2011,aku mengambil kesempatan mengadakan sedikit jamuan makan-makan dengan ahli keluarga belah suami...untuk meraikan ulangtahun pertama anak ke empatku yang diberi nama Muhammad Adib Zariff.Alhamdulillah genap setahun usia anakku ini, semakin besar anak-anakku dan aku pula semakin berusia...kini sakit sana sini...sehingga kini belakang pinggang masih sakit...tak dan nak gi jumpa doktor...anak-anak silih berganti sakit...baru-baru ini si Adib diserang muntah-muntah dan cirit-birit selama 6 hari sehingga timbul tulang belakang dan tulang selangka,kini si Airell pula demam n muntah-muntah,aku tak cukup tidur malam menjaga depa...tak pe lah mana ada ibu yang tak sanggup berkorban untuk anak-anak,biarlah asalkan mereka dapat perhatian dan belaian secukupnya....

Kesempatan yang ada aku ambil sebagai tanda kesyukuran kerana Adib pulih dari sakit dan ulangtahunnya jatuh sama sambutan maulidur Rasul...moga anakku ini jadi yang terpuji seperti mana Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW...Amin

Seawal jam 6 aku bangun...selesai solat subuh terus pegang penyapu,sapu sawang-sawang yang bergayutan di siling rumah,kemudian sapu luar dan dalam rumah yang aku tak sempat buat pada hari-hari biasa kerana tugasan yang tak pernah selesai...kemudian sambung dengan mengemop rumah,mujur anak-anak masih tidur senang sikit kerjaku tak de sapa nak kacau...selesai mengemop dalam rumah gi luar rumah basuh sikit lantai-lantai yang gersang tidak disirami air,akhirnya lebih kurang 2 jam mendobi rumah baru selesai....

Kini tiba giliran untuk memasak...menu yang aku nak masak simple aje...kari ikan,ayam masak kicap,sambal sotong,ikan goreng,sayur campur ,sambal belacan dan ulam-ulaman jangan ketinggalan...segala-galanya aku masak sendiri tanpa bantuan sesiapa...sapa yang nak tolong aku,semua anak aku lelaki dan masih kecik-kecik,tak ada pilihan,adik beradik sendiri nun jauh di Negeri Sembilan,kalau dekat dah pasti mereka akan datang menolong terutama along n kak Leha yang sangat rajin ke dapur...masa inilah aku rasa sangat rugi duduk berjauhan dengan family...dah lama dah aku nak balik kampung halaman sendiri tapi hubby pulak tak setuju...terpaksalah merantau di negeri orang ...sampai bila aku tak tau mungkin hingga mata terpejam kot. Adik aku Mazlah yang kat Kuantan tu kalau nak buat apa-apa majlis senang je,import tenaga kerja adik beradik pasti settle...nak buat camner.
Kat sini ada biras-biras n adik ipar tapi takkan sama dengan adik-beradik sendiri...

Bermula jam 8 aku mula memasak,start dengan menggoreng ayam,sambil-sambil tu tumis jugak  sambal sotong.Siap sambal sotong masak kari ikan,tumis sana sini diakhiri dengan sayur campur...ah selesai memasak lebih kurang jam 10 pagi...kerja memasak settle...ulaman dan sambal belacan birasku Azah yang tolong buatkan..Lega

Sekarang siapkan bancuhan air oren,keluarkan pinggan mangkuk untuk makan dan basuh balik segala peralatan memasak....akhirnya semua settle tinggal tunggu tetamu je untuk makan.

Akhirnya semua tetamu sampai lebih kurang jam 12.40 tengahari kecuali dik Ja yang lambat sikit sebab suaminya kerja hingga jam 12...maka makan time bermula dimulai dengan Adib memotong kek merasmikan majlis ulangtahun... 

Semua tetamu pulang jam 2 petang...dan sekali lagi aku terpaksa mendobi rumah yang melekit-lekit dengan tumpahan air,kesan tapak kaki kanak-kanak yang berlarian ke luar dan dalam serta kesan muntah Airell yang tidak sihat...aduh letihnya...mau atau tidak sekali lagi aku bertungkus lumus mengemop dan menyapu rumah..kalah Cinderella.

Sebab tu rasanya pinggang aku sakit...hingga kini terasa sakit.....