Sunday, February 27

Pondok kecil makna seribu

 pandangan dari depan pondok
 pondok yang menjadi idaman akhirnya kumiliki
 lagi gambar pondok yang ku ambil dari depan
 tempat permainan anak-anak kecilku kini

 orkid ku yang tak mahu berbunga
 pokok keladiku yang masih dara
 pokok-pokokku yang mula mahu membesar
beberapa pokok-pokok bunga yang sempat ku tanam

Sejak menyertai JK keceriaan ni minat semakin mendalam menghiasi laman rumah dengan kehijauan pokok-pokok...tambah-tambah dengan Ketua kak Yati dan Kak Ida yang sangat seni dengan hiasan taman,landskap kolej yang asalnya agak kureng kini bertambah cantik dengan suntikan  pokok-pokok baru  dan batu-batu yang menjadi trademark....

Aku yang dulunya tak brapa minat sekarang bertambah minat dan sekarang sanggup melabur dengan membeli pokok-pokok,tanah dan pasu..melihat pasu-pasu yang Kak Ida beli cantik-cantik menambahkan minat untuk memiliki tapi kemampuan yang kurang ...sekadar membeli apa yang layak dan sepatutnya...

Kini aku mula mengenali Juniper,Pain,Winter Sonata,dan yang lain-lain (sekadar menyebut beberapa pokok) semasa dalam JK keceriaan ini..terima kasih kak Yati memilih saya sebagai ahli...banyak manafaat yang saya dapat...idea yang diterima kini ingin dicurahkan pulak kat rumah sendiri...

Baru-baru ini berpeluang memiliki pondok kayu yang memang dah lama ingin dimiliki...berkesempatan menghiasi pondok dengan beberapa pokok bunga yang ditanam sendiri...sukanya melihat kehijauan,tapi belum mampu menandingi taman Kak Ida yang berseni atau Kak Yati yang cantik...masih menjadi amatur belum profesional...

Satu hari nanti ingin membuktikan kepada diri sendiri keindahan laman pasti dimiliki....

3 comments:

  1. salam, bole ke akk tgk pokok winter sonata adik? ada yg kata pokok akk yg dh kena tebang.. pokok winter sonata. akk x tahu namanya. daunnya bulat2 kecil, wananya mmg xhijau, tpi hijau nk ke silver.. bunganya purplish nk pink skit2.. akk x penah jumpa dh pokok akk tu, akk nk beli yg baru.. hu3x.. tqvm.

    ReplyDelete
  2. sori, nama akk sheila jamal. kt fb sheila jamal juga.

    ReplyDelete