Tuesday, February 1

Sebelum dan Selepas

 sebelum ruang tamu ke dua yang huru hara
 bukan sahaja ruang yang huru hara anak-anak pun sama
 selepas
 ariez yang tersandar keletihan selepas pulang dari sekolah
 sebelum cermin dan meja konsol jati
 selepas meja konsol jati bertukar ke display cabinet yang agak besar sikit supaya ruang nampak lebih kecil
 ruang tamu utama yang nampak kosong
 sebelum
 selepas coffee table ditambah carpet
 ruang yang kosong ditambah display cabinet yang tinggi
 ruang tamu yang nampak kosong bertukar pandangan
 display cabinet dipenuhi dengan set pinggan mangkuk vantage
 meja konsol jati beralih ruang dari ruang tamu ke dua ke lorong menuju dapur
 belum sempat mencari hiasan atas meja
 bunga yang sempat dicari untuk meja sudut di ruang tamu
darling yang tak tau apa berlaku....

Dah lama dah sebenarnya nak tambah accessories kat rumah ni sebabnya ruang tamu kat rumah ni selepas pengubahsuaian agak luas tapi perabut agak terhad....jadi hampir setahun baru ada kesempatan dan rezeki yang yang Allah bagi untuk menambah apa yang patut....

Surver punya survey dari Alor Setar,ke Jitra dan akhirnya memilih di Changlun berdasarkan harga yang rasanya berpatutan dan sesuai dengan budget...kedai perabut Hong itulah namanya...sebelum ini beli kat World Classy Glory...terbang jugak kat RM 10K,kali ini dah tak kisah kat kedai mana sebab produk yang sama,kualiti yang sama harga berbeza kerana diletakkan di kedai yang berbeza...diskriminasi harga berlaku...so aku memilih di kedai yang mengamalkan diskriminasi harga bagi keanjalan penawaran yang anjal kerana harga lebih rendah...jimat duit..

Bukan nak bangga tapi nampak ok jugaklah bila masuk rumah sebab tak nampak sangat macam padang bola....kali ni anak-anak kena berhati-hati sikit sebab ruang dah terhad...dan ruang berhabuk juga dah kurang sebab habuk dah beralih arah ke perabut pulak...

Rumahku Syurgaku.....

No comments:

Post a Comment