Tuesday, January 25

Birthday Ariez




Happy birthday to you,happy birthday to you,happy birthday to you...happy birthday to Ariez Naufal happy birthday to you....mungkin itulah lagu yang didendangkan oleh anak-anak kecil seusianya pada jam 10 pagi tadi di Pra SKSAT.

Hari ni ulangtahun kelahiran anak keduaku...dia dilahirkan pada 26.1.2005 di Hospital Besar  Alor Setar dan disambut oleh pakar  bedah Dr Nasir pada jam 3.45 petang dengan berat semasa lahir 3.15kg.

Hari ini  genap usianya 6 tahun...

Selama 9 tahun aku menantikan kehadiran cahaya mata keduaku  ini setelah anak sulungku berusia 9 tahun...dia anak yang kutunggu-tunggu,melahirkannya umpama menyambut anak sulung kerana jarak masa 9 tahun menyebabkan aku lupa segalanya dan segala persiapan menyambutnya seperti menyambut bayi sulung....

Masih ku ingat bagaimana anak sulungku setiap hari meminta nak adik kerana hanya dia seorang,sedangkan kawan-kawan lain semua mempunyai adik...dan hampir menitis airmataku melihat dia yang keseorangan ketika bermain di taman depan rumah kerana waktu itu kami baru berpindah ke rumah baru yang sekarang kami diami sejak 9 tahun dulu, tiada siapa yang dia kenal kerana semua kawan-kawannya berada di Perlis dan tadika pun di Montessori Arau Perlis...dan Alhamdullilah kini doa anak sulungku di dengari dan dia mendapat 3 orang adik selepas itu...berderet-deretlah pulak.

Muhammad Ariez Naufal nama yang kami persetujui untuk diberikan kepada anakku ini yang bermaksud "Dermawan yang Terpuji".Ketika lahirnya tiada masalah sehingga ke hari ini,berat badannya sentiasa meningkat dan apa yang ku suapkan akan ditelan tanpa banyak masalah.

Cuma satu yang sentiasa ada pada anakku ini selesemanya sentiasa ada,tidak pernah berhenti malahan kadangkala menyebabkan berlaku infenction dalam telinga...menurut kata doktor anakku ini mengalami alahan hidung oleh banyak faktor,salah satu ialah ais,mungkin habuk,mungkin makanan,habuk,debu dan banyak lagi faktor yang tak pasti mana satu....menurut kata doktor lagi ia disebabkan suamiku yang menpunyai resdung jadi alahan berlaku kepada anakku ini...dah banyak doktor dan ubat tradisional aku pergi tapi nampaknya ia masih belum hilang....mungkin ia akan hilang melalui masa bila anakku semakin dewasa dan imunisasinya semakin kuat.

Bercerita tentang anakku ini...apa yang sangat ku ingati ialah setiap kali aku membuat makanan kesukaannya mulutnya tidak lepas dari mengucapkan terima kasih...."terima kasih mama sebab masakkan kat adik"itulah ayat yang sering diucapkan kepadaku...membuatkan aku berasa sangat syahdu...... kadangkala dia bertanya padaku.."mama...mama pandai tak buat makanan ini...bila aku jawab tak pandai dia akan marah...dengan nada tinggi dia jawab...mama ni belajarlah buat, adik suka apalah mama ni,tapi bila aku jawab pandai,dia kata nanti mama buat kat adik yer...

Walaupun dia ada 2 orang lagi adik tapi bila berbicara denganku dia mesti gunakan kata diri adik...tak kisahlah sayang..mungkin dia nakkkan perhatian sebab selalunya ibu-ibu hanya memberikan perhatian pada adik-adik sahaja....

Kini dia dah masuk Pra sekolah,tahun depan masuk darjah satu,angan-angannya padaku nak bbeli rumah besar,kereta besar,mainan banyak,makanan sedap dan nak jadi kaya.idolanya adalah bang long,nanti nak sekolah kat Jenan macam along....pernah ku tanya semula nanti bila adik ada rumah besar,boleh tak mama nak duduk rumah adik,bila adik ada kereta besar boleh tak mama naik kereta adik,....mestilah boleh itulah jawapan yang membanggakan ku....

Mama mendoakan apa yang adik angankan,impikan semasa kecil ini akan menjadi kenyataan....

Buat anakku tersayang ini mama sangat menyayangimu.....

No comments:

Post a Comment