Sunday, January 9

Aliff Pergi Jua






Terasa baru semalam dia kembali ke pangkuanku...kini dah hampir setengah bulan dia meninggalkan ku,meneruskan perjuangan mencari ilmu bekal dunia dan akhirat...

Pergilah wahai sayang mama merelakan walaupun dalam hati terselit seribu rasa kerinduan,teruskan perjuangan tambahan tahun ini merupakan tahun penting buatmu semoga berjaya mendapat 8A PMR 2011...

Walaupun sekolahmu tak jauh dari rumah,dan saban minggu mama datang melawat bersama buah tangan dan makanan kegemaran tapi tidak serupa dengan adanya dirimu di rumah...

Ketahuilah anakku bahawa dirimu umpama sebelah tangan buat mama...sepanjang cuti sebulan dirimu berada dirumah banyak kerja-kerja mama yang kau tolong bereskan...mama senaraikan disini walaupun nampak kecil tapi sebenarnya amat besar...umpama pepatah berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul...
* kali pertama dirimu meminta mama mengajar membasuh menggunakan washing machine,akhirnya setiap hari  kau membasuh baju...
* pernah mama bertanya apa yang aliff buat selepas bangun tidur,jawapanmu tengok tv dan facebook,mama bertanya lagi tak de masa ke nak lipat kain...akhirnya setiap hari bila mama melangkah masuk akan ternampak susunan kain-kain yang telah dilipat...alhamdulillah...
* setiap kali mama balik masuk ke dapur akan terlihat pinggan mangkuk yang tertiarap di dalam sinki menandakan anak mama ini telah membasuhnya...
* pabila kaki memijak lantai terasa kesat menandakan dikau telah menyapunya waalaupun menggunakan vacuum...
*hijaunya dedaun di dalam pasu menunjukkan ia telah disirami olehmu...
* bersihnya  lantai di car porch kerana sapuanmu...
* Mahunya adib kepadamu berkat penjagaanmu semasa mama sibuk memasak...dan adanya dirimu dirumah menambahkan lagi riuh rendahnya rumah kerana usikanmu terhadap adik-adik...

Along mama amat menghargai segala jasa-jasamu,membantu mama sehari-harian...apa yang mama kesalkan mama tidak sempat memasakkan makanan kegemaran kepadamu sepeninggalan mama ke tempat kerja,mama membiarkan dirimu mencari sendirian dengan hanya membekalkan wang RM 10 sehari dan pandai-pandailah dirimu mencari...

Dirimu sangat berdikari..setiap hari membuat sarapan sendiri membuat roti bakar dengan planta,menggoreng telur mata kerbau atau suku masak,membancuh milo atau horlick dan akhirnya sendirian menikmati makanan yang dibuat..entahkan sedap entahkan tidak....

Maafkan mama sayang kerana tidak dapat memberikan sepenuhnya tumpuan kepadamu sepanjang cuti persekolahan kerana kadangkala kesibukan mama melayan adik-adikmu yang masih kecil,kerana mereka amat memerlukan tenaga mama untuk menguruskan mereka...

Apapun mama tidak melepaskan peluang mendengar ceritamu setiap kali melawatmu...

Semoga 2011 membawa kejayaan buatmu...mama doakan yang terbaik buatmu, mama ikhlas dan redha terhadapmu...

No comments:

Post a Comment