Wednesday, June 8

Aku dalam dilema

Ditelan mati mak,diluah mati bapak,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul,tak kena tak rasa,makan tak kenyang,mandi tak basah,itulah perumpamaan atau ibarat yang aku alami saat ini...

Sejak terpaparnya namaku dalam senarai pemangkuan DG 52,hidupku umpama cacing yang kepanasan serba tak kena,dalam dok makan teringat,dok tidur termimpi,pokoknya sekarang ni semua fikir pasal pemangkuan tu. nak terima ke tolak,terima ke tolak...ini keputusan besar yang harus aku buat kerana tersalah buat keputusan ia memberikan kesan yang berpanjangan dalam perkhidmatan.

Semalam taklimat oleh pengarah,diberikan surat akujanji samada setuju terima dengan syarat ditukarkan jika kouta penuh atau setuju tolak,dah terang-terang kouta kat kmk ni penuh,bermakna jika aku terima maka aku akan terpaksa berpindah kalau setakat perlis aku terima,tapi disana pun penuh,buatnya dihantarnya aku kat labuan,Kucing,Kelantan,Johor,Pahang,NS tak ke haru..aduh pening-pening

Selepas taklimat aku dan sembang dengan dak CC yang serba tahu tentang servis kami,katanya jika aku menolak bermakna aku akan kembali ke saluran KUP,bermakna kenaikan pangkat setakat DG 48 sahaja,tidak akan ada DG 52 seperti mana sisterm pemangkuan ni,kemudian katanya lagi sekarang kouta DG 52 masih ada,selepas ni mungkin kouta tersebut penuh so memang tak ada peluang langsung. Sekali fikir aku kena terima sebab bukan senang nak dapat DG 52,kalau kat sekolah sampai sekarang aku akan masih di DG 44.DG 52 ni kalau kat sekolah sama taraf pengetua cemerlang,kalau kat universiti sama taraf dengan prof madya,tapi aku disini selepas 2 tahun ditawarkan DG 52 tanpa ada PHD,tanpa ada RND dan lain-lain requirement..nampak lebih mudah tapi perlukan pengorbanan yang sangat besar...jadi AKU KENA FIKIRKAN.

Mengikut kata-kata kawan yang positif,terima dulu kemudian fikirkan nak pergi ke tak,masalahnya bila kita setuju terima DG 52,bermakna DG 48 yang aku pegang akan kosong,jadi akan diisi oleh orang lain,bermakna  aku kena keluar jugak dengan DG 48,mana lebih baik keluar dengan 52 atau 48.

Sekali fikir aku kena tolak sebab fikirkan kehidupan sekarang,suami terpaksa ditinggalkan sebab kerja ngan UUM,jadi sukar untuk mobile ke mana-mana,anak-anak yang masih kecil,perlukan pengasuh,bertukar sekolah,sapa nak ambik,anak sulungku yang kat Jenan,rumah yang baru aku renovate,dan macam-macam lagi...PERLU AKU FIKIRKAN.

Kata seorang rakan seunit, U fikirkan apa yang U nak dalam kehidupan,mana yang penting,kalau U nak pangkat,terima,tapi kalau U pentingkan keluarga,tolak,tak cukup ke apa yang U ada sekarang ni...

aduh peningnya,susah hatinya..hari ahad hari terakhir untuk hantar borang,bermakna masuk hari ni ada 3 hari lagi untuk aku fikirkan...

FIKIR! FIKIR! FIKIR!.... alangkah beruntungnya dalam kehidupan andai tidak perlu membuat pilihan,tidak akan ada kos lepas...semua ni berpunca dari sumber yang terhad,kehendak manusia yang tidak pernah terhad..tidak pernah puas...adakah aku juga antara mereka itu.

No comments:

Post a Comment