Wednesday, May 11

Terima Kasih

Minggu ini pensyarah start semula kerja,tetapi entah kenapa tidak seperti musim-musim yang lalu,usai sahaja cuti,setiap pensyarah seolah ternanti-nanti bila nak naik kerja,minggu ini terasa amat sedih dan pilu.berbagai-bagai rasa di dalam...kerana bermacam-macam isu yang timbul terutama kenaikan ke DG 52 dan DG 48,berkaitan perpindahan dan surat-surat pengaduan yang diterima..semua menimbulkan rasa tidak senang di hati banyak pihak.

Tadi semasa breakfast di cafe pentadbiran,berkesempatan bersembang dengan ustazah Roshidah berkaitan dengan anak-anak,tentang tingkah laku dan kerenah anak-anak dalam membesarkan mereka..betapa tenangnya dengan kata-kata yang diberikan,terasa amat kekurangan diri,banyak tip-tip yang diberikan bagaimana untuk membentuk dan mendidik jiwa anak-anak yang masih kecil supaya menjadi lembut dan mendengar apa yang dikatakan oleh ibu dan bapa.

Terngiang ditelingaku,salah satu sebab kenapa bila kita memanggil anak kita,dan selalu jawapan yang diberikan adalah sat mama,atau sekejap mama,sentiasa bertangguh tidak terus datang apabila dipanggil,hingga kadangkala menimbulkan amarah dalam diri kita, tahu tak kenapa, ini adalah kerana kita selalu menangguhkan panggilan Allah selepas azan,haiya alal solah,haiya alal solah,haiya alal solah,adakah selepas mendengar panggilan Allah kita terus pergi sembahyang..jika jawapannya Ya,alhamdulilah,tapi sebaliknya cuba kita kaji kenapa,itulah hukum panggilan.insaf aku seketika,selepas ini aku berazam untuk segera menunaikan sembahyang selepas mendengar azan.

Seringkali aku pening dengan kerenah anak ketigaku yang agak aktif,kadangkala kemarahanku naik memuncak dan apalagi hukuman sering diberikan,aku mencubit,tampar dan kadangkala pakai hanger untuk merotan,selepas itu aku akan rasa amat bersalah dengan tindakanku,kata ustazah lagi setiap anak perlukan perhatian dan kasih sayang,berikan pelukan dan doakan mereka setiap hari supaya jiwa mereka lembut,dan mereka mendengar apa yang kita katakan,jangan sesekali berkata yang tidak baik kepada anak-anak seperti bodoh,bangang,degil,kurang ajar kerana itu merupakan doa buat mereka..Seandainya kita tidak tahu apa yang nak dicakap kepada anak-anak,berdoalah kepada Allah SWT supaya memberikan kita ilham untuk bercakap dengan anak kita mengikut usianya,Insyaallah,Allah akan membantu kita.

Satu lagi kata ustazah,buat para suami atau isteri,jika ada rasa marah atau benci pada pasangan sehingga sanggup bercerai,bila tidur malam,renunglah ke wajah isteri atau suami kita,bila ada perasaan kasihan melihatnya,menunjukkan masih ada perasaan sayang dalam hati kita,dan mungkin akan berlaku sebaliknya. Sebab itulah apabila aku melihat anak-anak yang sedang tidur,bertimbal balik perasaan kasihan dan sedih kerana perbuatan memarahi dan merotan di waktu siang.Aku berjanji akan cuba menjadi seorang yang sabar dalam mendidik anak-anak.

Banyak lagi tip-tip yang diberikan oleh ustazah,terasa tenang dan mendamaikan..terima kasih ya ustazah,atas segala pedoman yang diberikan...

Anak-anak umpama kain yang putih,bersih lagi suci,kitalah sebagai ibu bapa yang akan mencorakkan mereka samada menjadi nasrani atau majusi..

Buat anak-anakku tersayang,ingatlah bahawa mama sangat menyayangimu sepenuh hati....

No comments:

Post a Comment