Wednesday, December 21

DAY 3 - NAK BALIK DAH

check out kami jam 11.30 pasal nak beri laluan kepada kaum-kaum ibu untuk membuat pelaburan samada di idaman suri atau hj ismail group,dalam perjalanan ke pekan kuah,kami singgah sekejap di kedai kain batik,dalam masa 15 minit yang diberikan tak sempat nak memilih,tambahan pulak musim cuti sekolah ni,lagilah ramai manusia,so kat sini aku cuma beli t-shirt airell n adib serta short untuk aliff...untuk ariez tak de pasai nak pilih saiz payah...so dia tak dapat apa..sian kat dia...kat sini tak sempat nak snap gambar pasai nak cepat,so tak leh tgklah yer...

cadangan asal nak berhenti kedai minyak gamat nusantara,tapi dibatalkan bimbang mengambil masa yang lama,almaklum ramai,nak tunggu sorang-sorang naik dalam bas ambik masa,so cancel jerlah lagipun ahli rombongan tak berapa excited nak gi...kami suma excited nak pi beli barang lain kat pekan kuah nun...

sampai kat pekan kuah dalam 1 lebih,dan  kami kena naik semula bas dalam 2.30,pasai jam 3 kena pi jetty s/u nak cop tiket pada jam tersebut...agak tidak menarik sikit,pasal hujan lebat membataskan pergerakan kami nak meninjau dari satu kedai ke satu kedai...

aku cuma sempat membeli set cadar sahaja,itupun dalam keadaan kelam kabut memilih warna dan corak kerana siadib lena,jadi sambil mendukung sambil memilih, mujur anak sulungku membantu so dia yang tunggu untuk check kot-kot ada defect n beratur membayar...jadilah satu cadar saiz queen untuk bilikku dan satu lagi untuk bilik anak teruna sulungku...

keluar dari idaman suri,masuk kedai hj ismail group untuk urusan membeli coklat pulak...selambak jugaklah keluar duit untuk beli coklat,ada pesanan kawan2 cik abe,pesanan anak2 murid,buah tangan untuk kengkawan dan untuk anak2 menikmati...adooiii beli coklat ngan anak2 puas,depa main ambik ikut dan,tak kira harga berapa,banyak mana janji depa nak,depa tak kira dah...alih2 bila kat cashier mak aii..boleh beli lauk-pauk untuk makan 2 minggu...nasib baik mak depa dg 4 tut ( just joking) tak de kena mengena ngan hidup atau yg dah mati yer....kat sini pun tak dan nak ambik gambar,pasal nak usung dslr tu besaq,jadi payah...so tinggalkan dslr tu dalam bas jer...dulu ada kamera kecik nak besaq,bila ada besaq jadi payah...ish itulah manusiakan..ada sesaje yang tak kena...

keluar dari hj ismail group nak gi makan tapi rahmat allah,hujan turun selebat-lebatnya,tak leh nak kemana,tunggu sekejap kemudian dah agak2 boleh berjalan dalam hujan,kamipun beredar,rancangan asal nak makan tak jadi,so plan bertukar makan di jetty saje..so balik ke bas sahajalah sambil menunggu jam 2.30 petang,dan menanti kawan2 yang masih asyik masyuk bershopping...maklumlah kuasa membeli kaum hawa kan kuat....

2.45,kononnya nak makan,dulu rasa macam ada mc'd kat jetty ni tapi sekarang tak de pulak nak makan kat kfc jauh dibelakang pulak dah..tak pe nasi kandar ade,balun jerlah,sebelum tu atas janji kepada ariez nak beli mainan,so singgah sat kat stall mainan,airell n ariez nak beli ultraman yang 5 ekoq tu,mak aii sampai rm29.90 satu kalau boleh beli satu tak pe,ni kena beli dua,dah rm 60...rugi mahaii tu,lagipun bukan tak pernah beli hok tu,jadi suruh beli ultraman sekoq jer rm 10 airell tak mau,ariez pujuk ok jer,so airell punyalah menangis bersungguh2 hati sampai kat kedai makan,lepas tu dia dok rebut pulak ultraman ariez dalam kedai tu sambil menangis,sambil nak gigit ariez,so ariez pun apa lagi start bergaduh...ya tuhan mama nya punyalah stress,malu weh kat org yg dok perati,samada tua muda,bujang,berkahwin,lelaki maupun perempuan...biasalah airell tadi dia tak mau sangat ultraman sekoq tu sekarang dia rampas pulak hak ariez,lepaih tu adib pulak menangis nak ultraman...aduh sempat dia ambik compact powder dlm handbag mamanya yang ternganga,dia pi baling bawah meja...apalagi berkecai jadi debu...

setelah everything settle,jam 3 kami check in masuk melepasi kastam,tak larat dah nak berdiri,so baik menunggu kat jetty sana...punyalah ramai manusia dengan luggage masing2,macam2 depa beli tak pelah mungkin setahun sekali sampai kat langkawi....

feri ke kuala perlis jam 4 petang,tapi jam 3.30 pengumuman dibuat,bahawa feri jam 4 delay selama sejam,bermakna pukul 5 baru sampai,tambah 1 jam perjalanan bermakna jam 6 baru sampai ke tanah besar...aduh lambat lagi weh...

tadi tak sempat makan,sekarang baru terasa lapar...nak ke dalam semula malas ,jadi makan burger jerlah...sian kat anak2 tentu mereka lapar...sepanjang menanti ketibaan feri,jenuh mengawasi anak2..macam2 hal depa buat...tapi itulah kebahagiaan seorang ibu...tanpa mereka apalah ertinya kehidupan ini..so terima dan redha sajalah dengan kurniaan Allah...

akhirnya lebih kurang jam 5,feri sampai,dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar,cuma masa ini laut agak berombak...rasa takuutttt...dan anak2 pulak keletihan...lalu mereka pun tertidur...

akhirnya jam 6 sampai ke kuala perlis....

apapun jom kita makan di restoran nelayan kuala perlis (terkenal dan best masakannya) ...jom layan pasembor ketam,laksa beras, n sotong goreng tepung....

selamat percutian kali ini....esok jangan luper kerja yer....


 ultraman tetap dalam genggaman
mama laparlah...makan burger dulu yer

 ariez dah bosan...napkin adik dia buat sayap..
 ala tomeinya si darling adib ni..
 bang iez terlentok keletihan..
airell naik jer bot terus pengsan...

No comments:

Post a Comment