Sunday, September 11

wanita cantik


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

" tempat dimana cinta itu ada."
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.

Anda akan menambah harga diri wanita,

kecantikan wanita mereka yang azali..

bukan pada kecantikan luaran semata-mata

Selami lah hati wanita mu.. dan

ingat lah...

Setiap Wanita itu Cantik.











Saturday, September 10

Alhamdulillah haziq dah kuar hospital

senyuman haziq semasa hari raya

amirul anak sulung bang cik

zikri anak ketiga bangcik

alisya satu-satu anak perempuan dan intan payung bang cik

aku dan kak chik isteri bang cik
kesian haziq,sudahlah beraya tahun ni tanpa ayah,sebab abangku ni bekerja di pelantar minyak petronas,semasa hari raya turn abangku ke pelantar,jadi tiada cuti untuk beraya,tambahan pulak abangku ini baru sahaja beberapa bulan bekerja di sini,so sebagai junior tentu sekali dia takkan dapat bercuti raya.Sebelum ini bangcik,abangku telah bertahun-tahun menjadi anak kapal kepada berjenis-jenis kapal.mungkin disebabkan dah mempunyai ramai anak dan mereka memerlukan perhatian seorang aayah,maka bang cik rela bertukar arah,walaupun lautan dan gelombang sudah sebati dalam dirinya.

hari selasa lepas,aku dikejutkan dengan berita haziq kemalangan,bukan dilanggar.tetapi terjatuh dari basikal yang ditunggangi bersama-sama rakan sekolah ketika dalam perjalanan pulang dari kafa.mungkin berlaku persaingan sesama mereka menyebabkan haziq terjatuh dan kepalanya terhempas ke jalan tar.disebabkan jatuh dalam keadaan terlentang dan berlaku hentakan pada kepalanya,menyebabkan haziq pengsan,lalu kak chik dan pak ngahku yang juga merupakan mertua bangcik membawanya ke klinik bahau,tetapi disebabkan haziq muntah-muntah tidak berhenti dan kepalanya sakit teramat,maka hospital bahau terpaksa menolaknya ke hospital Kuala Pilah dan sekali lagi pihak hospital menghantarnya ke hospital Seremban. Setelah X-ray dilakukan maka pihak hospital terpaksa menghantarnya ke hospital Kuala Lumpur.lebih kurang jam 2 pagi pembedahan menghentikan darah dalam otaknya terpaksa dilakukan.Ini kerana pendarahan telah terlaku dalam otaknya,dan doktor bimbang darah beku akan masuk ke dalam otaknya,mungkin menyebabkan dia koma.jadi terpaksa dilakukan segera.nasib baik bang cik sempat balik dan dia yang menguruskan segalanya.akhirnya jam 5 pagi haziq telah dibawa keluar ke wad icu.

rabu dan khamis,aku telefon bangcik bertanyakan khabar kerana aku antara adik-beradiknya yang tidak dapat melawat haziq kerana faktor masa dan jarak,syukur haziq dah mula sedar,namun keningnya ditebuk untuk mengeluarkan darah yang masih ada,dan menurut bangcik,kalau tidak berlaku pendarahan lagi dan tiada jangkitan kuman,mungkin haziq dibenarkan keluar dari hospital.

alhamdullilah semalam 10.9.2011 haziq dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih perlu pengawasan doktor,bermakna bang cik kena gi hospital juga untuk memastikan segalanya berjalan baik.lega aku mendengarnya kerana kesian sangat kat bang cik,pulang dalam keadaan tergesa-gesa anak sakit,tidak sempat berehat dan hospital pulak jauh dari rumah,terpaksa membawa anak kecil zikri dan alisha,tidur bersama dihospital untuk menjaga haziq,melayan kerenah haziq yang sakit,yang asyik merengek mungkin sakit dan dia nak balik rumah mungkin bosan gamaknya.

Kesian jugak pada kak chik,sudahlah tahun pertama beraya tanpa mak,mak ngah baru tahun lepas meninggal,bermakna tahun pertama beraya tanpa mak,kemudian suami jugak tak dapat cuti,ayah sendiri beraya di rumah isteri baru,adik-beradik beraya dirumah mertua masing-masing dulu,jadi kesudahannya kak chik hanya menyambut dan membuat persiapan raya dengan anak-anak sahaja.Kemudian haziq anak keduanya pulak ditimpa musibah,berturut-turut dugaan melanda,alang-alang orang tak mampu menghadapinya,mujurlah Allah SWT memberi kekuatan pada kak chik,boleh dia menghadapinya dengan tenang.

Pesanku kepada bang cik bersabarlah menghadapi ujian Allah ini,dan Allah SWT menurunkan ujian kepada hambanya yang mampu menghadapinya,dan anak-anak adalah amanah Allah,maka wajib bagi kita menjaganya dengan sebaik mungkin.

Buat para ibu dan bapa di luar sana,sentiasalah beringat,pesanlah supaya anak-anak sentiasa berhati-hati terutama yang melibatkan kepala,kerana sahabat baikku  suatu ketika dulu kehilangan anak kerana terjatuh dari motosikal...lebih kurang sama macam haziq. syukur Ya Allah kerana haziq berada dalam peliharaanMU....

Tuesday, September 6

Warna-warni raya 2011

Ku rakamkan foto-foto agar menjadi kenangan yang terindah buat diriku..kerana setiap detik yang berlalu tidak mungkin berulang kembali..kuabadikan di sini,kiranya aku tiada nnt anak-anak,adik beradik dan teman-teman boleh menatap dan menghayati momen manis sepanjang raya 2011.

Setiap tahun pasti suasana akan berbeza,kerana yang kecil akan dewasa,yang dewasa akan menjadi tua,yang tua mungkin tiada...

Selamat tinggal raya 2011....
 aku dan anak-anak
Aku dan si bongsu

kami 5 beranak


sesi bermaafan anak-beranak

kami lagi

Ada gaya macam pengantin tak

keluarga kak bedah tahun ni baru cukup semuanya

keluarga kak leha tahun ni juga baru cukup semuanya

keluarga adikku mazlah dengan tema warna kuning

Aku izan dengan tema warna merah..cam kong xi fa cai lah pulak

Aku dan kawan rapat masa zaman sekolah,yang kanan sekali kakaknya,hanya setahun sekali kami jumpa.

<>acara bermaafan antara kami anak beranak 
<>
sebahagian besar keluarga mak dan ayah
mak dan ayah bersama sebahagian cucu-cucu


Wednesday, August 17

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


hari ni dah 18 hari berpuasa,dan hari ni pulak hari terakhir matrik kerja,bermakna esok dah start cuti raya selama lebih kurang 2 minggu,yey yey yey seronok tak sabar rasanya nak balik beraya,tapi anak-anak masih sekolah,yang sulung belum balik dari asrama,25hb baru abih sekolah bermakna 26hb morning,morning kena bertolak balik ke rumah mak di Gemas. Apapun balik tetap balik.

Cadangan asal tak mahu balik beraya kat Gemas nak beraya di rumah mak mertua saja kat sini,memandangkan anak sulungku akan menduduki PMR tahun ni,bimbang dia takkan study kat sana dan tak dan nak cover kerja sekolah yang berlambak tentunya dibekalkan oleh guru-guru tersayang.Lagipun dah bertahun-tahun aku tak beraya kat sini,rasa kesian pulak kat mertuaku,tapi syahdunya rasa hati bila call mak kat sana baliklah teh,raya kat sini,mak buat lemang dan anak-anak ateh nak makan,ariez suka kata makku membuatkan aku terus berfikir aku mesti balik raya kat sana. Nasib baik dan syukur sesangat kerana hubbyku very the best sangat suka balik kampungku,dia sangat tak kisah bila nak beraya kat sana,jadi selama ini aku memang tak de masalah nak beraya kat mana,tak pernah bermasam muka,bergaduh or whatever bila sebut nak raya kat nogori.Mungkin dia fikir aku dah berkorban duk kat Jitra ni dah berpuluh tahun dan sentiasa berjumpa dengan mertua serta biras-birasku.
Anak-anak pulak yang bang ngah dan bang cik dok melompat-lompat sakan bila aku kata kita raya kat kampung nenek,mereka sangat suka sebabnya rumah mak di sana besar,banyak tangga,ramai sepupu dan macam-macam depa boleh buat,tu yang seronok sangat nak beraya kat sana.bila aku kat tak jadi balik depa dok marah tak maulah raya kat sini tak syok,bosan dan macam lagi alasan depa bagi.Sekarang ni depa dok menghitung hari nak balik kampung nenek.

Sangat terkesan dihatiku bila aku membaca bait-bait kata ni menyebabkan aku sebulat hati berkata bahawa aku mesti balik jumpa mak dan ayah,sebelum ni aku berbelah bagi jugak sebabnya aku kesian kat mertuaku disini,walaupun aku tinggal sedaerah dengan mereka tentu teringin jugak mereka nak sambut raya bersama-sama,namun mengenangkan aku tinggal jauh dari familyku dan jarang berjumpa maka aku harus balik raya.
"Tanpa ibu dan ayah,siapalah kita. kehadiran mereka jugalah yang membuatkan lebaran saban tahun lebih bermakna dan terasa nikmatnya. Sementara mereka masih ada,luahkan kasih sayang terhadap mereka dengan sepenuh hati. Seperti di dalam surah al-Luqman ayat 14,Allah telah berfirman :

Dan kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,ibu bapanya tekah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu,hanya kepada-Kulah tempat kembalimu". 

kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan teman-teman tersayang yang mungkin membaca entri ni khasnya kak yati,mek rose,kak ida,kak yan,shitah,kak iza dan semua rakan blog dan semua umat islam di seluruh dunia saya mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN'

Moga lebaran kali ini meninggalkan kenangan manis buat kita semua,disamping menunaikan suruhan dan meninggalkan larangan Allah SWT.

"SESUNGGUHNYA KASIH IBU TIADA NILAI TARANYA.BIAR DILAMBAKKAN TIMBUNAN EMAS PERMATA,IA TETAP TIDAK DAPAT MENANDINGI CINTA IBU KEPADA ANAK-ANAKNYA" 

.............................salam hari raya buat semua..................

Wednesday, August 3

Doa Murah Rezeki


Ya Allah,
Sekiranya rezeki kami berada di langit,maka turunkanlah ia,
dan jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan,munculkanlah,
sekiranya rezeki kami ada ditempat yang jauh,dekatkanlah ia,
dan jika ia sedikit,banyakkanlah ia,
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan,kepemurahan dan kebaikanmu,
dengan rahmatmu,
wahai yang maha pengasih
diantara yang pengasih

Sekadar Renungan

Kelebihan burung pada kepaknya
Kelebihan gajah pada kekuatannya
Kelebihan manusia pada akalnya
(Cendikiawan)

Menuntut ilmu adalah taqwa
Menyampaikan ilmu adalah ibadah
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad
(Al Ghazali)

"Hai orang-orang yang beriman,jadikalah sabar dan solat sebagai penolongmu,
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"
(Al-Baqarah : Ayat 153)

Allah SWT membenci menguap sebab menguap dapat menimbulkan kemalasan serta melengahkan orang dari ibadah.
(Taqwim Al-Taqwa)

Tuesday, August 2

7 golongan yang akan dilindungi Allah SWT

  

1.     Pemerintah yang adil.

2.     Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah SWT.

3.     Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.

4.     Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5.     Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang cantik ,lalu dia berkata”sesungguhnya saya takut kepada Allah” .

6.     Seseorang yang memberi sedekah secara sembunyi sehingga  tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.

7.     Lelaki yang mengingati Allah SWT,  berasingan diri sehingga berlinangan airmatanya.


Hadis riwayat Imam Bukhari,Muslim dan lain-lain

 

Saturday, July 23

Today is My Birthday



aku kini semakin mengembang kerana bahagia dengan kehidupan

rumahku syurgaku


rumah ku syurgaku

kereta ku yang banyak berjasa

anak bongsuku yang kini berusia 1 tahun 5 bulan

anak keduaku yang kini berusia 6 tahun lebih

anak sulungku yang kini berusia 15 tahun


anak ketigaku yang berusia 4 tahun lebih

teman sebantalku yang semakin loving n caring
alhamdulillah,hari ini genap umur 40 tahun...masih bernafas untuk menikmati alam ciptaaan tuhan,masih berpeluang untuk membesarkan anak-anak kesayangan dan masih bernafas untuk teruskan perjuangan sebagai pendidik.

Selama 40 tahun aku hidup,banyak suka dan duka dalam kehidupan yang dilalui,susah senang bersama keluarga dan rakan-rakan. Segalanya tetap segar dalam ingatan.

Alhamdulilah dalam umur begini,sekurang-kurang aku telah memiliki sebuah rumah yang tidak terlalu kecil,tidak juga terlalu besar tetapi cukuplah untuk kami sekeluarga berlindung dari hujan dan panas,terima kasih ya Allah kerana memberikan rezeki untuk ku beli sebuah rumah...biar jauh dari keluarga namun aku bersyukur,walaupun jauh dinegeri orang,tetapi aku tidak perlu meminta-minta...syukur ya Allah.

Dalam tempoh 40 tahun ini juga aku bebas bergerak ke sana sini,dengan rezeki yang Allah bagi aku mampu memiliki 2 buah kereta,aku bersyukur ya Allah, walaupun kereta buatan Malaysia sahaja,tapi cukuplah untuk mengangkut kami 6 beranak ke mana-mana.

Dalam usia begini ku panjatkan kesyukuran kepadamu ya Allah kerana telah mengurniakan zuriat kepadaku bukan satu,bukan dua tetapi empat...merekalah penawar suka dan duka,dapatlah aku merasai kenikmatan menjadi seorang ibu yang mana bukan semua orang merasainya...walaupun hajatku untuk mendapat anak perempuan tidak termakbul  namun aku redha ya allah mungkin ada hikmah tersembunyi yang tidak aku ketahui...

Aku juga amat bersyukur dan berterima kasih kepadamu ya Allah kerana memberikan rakan-rakan seperjuangan yang amat baik dan begitu memahami serta tidak pernah menyakiti hati,sentiasa membantu dalam keadaan susah dan senang samada dari segi mental atau spiritual,sentiasa menyokong walau dimana berada...kredit kepada kak yati,mek rose dan kak ida terutamanya serta teman-teman seperguruan yang lain...moga kalian tetap seperti sekarang tidak berubah walaupun masa sentiasa berubah...

Waktu datang silih berganti,peningkatan usia bertandang demi tahun,dan aku berdoa agar peningkatan usia seiring dengan peningkatan amal dan semoga kehidupan hari ini lebih baik dari semalam,dan esok lebih baik dari hari ini...kehidupan adalah dinamik sentiasa berubah dari masa ke semasa...

Ya Allah aku bermohon kepadamu,berkatilah hidupku,panjangkan usiaku supaya boleh aku beramal soleh kepadamu dan membesarkan anak-anakku yang masih kecil kerana mereka amat memerlukan bantuanku untuk menjadi lebih dewasa,dan peliharalah kesihatanku,supaya mudah aku mengerjakan suruhanmu,ya Allah tambahkanlah iman di dadaku supaya boleh aku masuk ke syurgamu...

Peningkatan usia bermakna aku semakin dewasa mengharungi liku-liku kehidupan ini,moga peningkatan usia seiring dengan peningkatan amal ibadahku...

Doakan aku semoga dalam peliharaan Allah SWT...amin,amin ya rabbal alamin.

Wednesday, July 20

CINTA,KASIH SAYANG DAN HATI



C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Wednesday, July 13

Niat Yang Ikhlas

Wasiat Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang,buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya. Barang siapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah dan Rsul-Nya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan Rasul-Nya (dan diberi pahala),dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya sampai kepada yang diniatnya itu".  (HR.Bukhari dan Muslim)

"Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan,kemudian menjelaskan keduanya. maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan,kemudian tidak dikerjakannya,Allah mencatat untuknya satu kebaikan (pahala),dan jika kemudian dikerjakannya,maka dicatat sepuluh kebaikkan (pahala),dan mungkin ditambah hingga tujuh puluh kali lipat atau lebih dari itu. Dan apabila seseorang berniat akan berbuat kejahatan,kemudian tidak dikerjakannya,maka Allah mencatat baginya satu kebikan (pahala).Dan jika niat itu dilaksanakan,maka dituliskan baginya satu kejahatan". (HR Bukhari dan Muslim)

Wednesday, July 6

Petua 8P

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.


"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Tuesday, July 5

Dinamiknya Kehidupan

Jika kita merenung pantai,ombak yang datang silih berganti,seolah-olah tiada henti. Pasang surut kehidupan,terjelma indah saat kita melihat ombak dan pantai.

Begitu juga putaran alam,terbit dan terbenam matahari,perubahan bentuk bulan daripada anak bulan kepada bulan sabit dan lengkap menjadi bulan purnama,tetap dan akan terus berlaku tanpa henti,hingga ke hujung usia alam ini. Tiada siapa akan dapat menghentikannya kecuali takdir Allah s.w.t.

Jika melihat hutan dan tumbuhan,betap pokok yang tumbuh akan terus membesar dan bercambah sejajr dengan peredaran masa dan zaman. Pernahkah kita memerhati,bagaimana pohon yang bermula dengan biji benih yang kecil,kemudian bertunas menumbuhkan batang muda,mengeluarkan pucuk,menjadi daun bercambah ranting dan dahan dan akhirnya tegak berdiri sebagai pohon yang rendang dan rinbum..apakah gambaran semua ini?

Inilah gambaran dinamiknya kehidupan. Hidup adalah sesuatu yang dinamik,bukan statik. Dari satu detik ke satu detik yang lain,pasti berlaku perpindahan,perubahan,peningkatan atau penurunan,pertambahan atau pengurangan. hatta suatu yang kelihatan tidak bergerak seperti batu gunung atau bukit juga tetap berlaku perubahan. Alur air yang mengalir di celahan batu,akan mengukir dan merubah landskap dan bentuk batu tersebut. Tunggul kayu yang mati juga akan mereput dan merelai,dengan perjalanan masa.

Begitu juga insan,tanpa disedari kita mengalami perubahan sama ada kita sedar atau tidak. Dulu kita lahir sebagai bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa.Hendak mwnyuapkan makanan ke mulut sendiri pun kita tidak tahu.

Fizikal juga berubah secara dinamik. Hari demi hari berlaku tumbesaran dan perkembangan. Dari seorang bayi menjadi kanak-kanak. Keupayaan otot kita membenarkan kita mengiring,meniarap,merangkak dan berdiri. Apabila kita mula menapak,kita mampu berjalan dan berlari,bahkan boleh memanjat,menunggang,memandu,berkayuh dan sebaginya. Inilah kehidupan dinamik yang kita lalui.

Ketika bayi,rambut kita mungkin nipis atau sedikit,tetapi semakin lebat dan menghitam menjelang dewasa. Seiring peningkatan usia,warna rambut akan berubah dengan hadirnya uban dan rambut putih di kepala. Apakah ini kebetulan? atau gambaran dinamiknya kehidupan.

Kehidupan akan berjalan terus,meskipun kita cuba menolak dan melawannya.Menolak kehidupan yang dinamik,seolah-olah menolak takdir Allah s.w.t ke atas kita. Pada saat takdir menerpa,kita tidak mampu menepisnya. Ketika takdir menjelma,kita tiada daya untuk menolaknya.

Oleh sebab itu,kita harus berjalan seiring dan sejajar dengan kehidupan yang dinamik ini.semua yang ada di alam ini,setiap hari mengalami perubahan.....

dipetik dari majalah solusi.

Sunday, July 3

Majlis APC dan Jasamu Dikenang

Aku dan mek rose

Aku sempat lagi berposing selepas menyusun atur bunga-bunga hiasan dipentas

sebahagian pandangan dari depan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010.Segala sumbangan yang anda taburkan di KMK khususnya dalam mendidik anak bangsa diberkati dan diberikan pengiktirafan.Kepada yang tidak mendapat bukan bermakna anda tidak bagus dan tidak layak,cuma mungkin belum masanya dan Allah SWT belum mengkehendakinya lagi. Teruskan mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan apa-apa sumbangan atau pengiktirafan kerana itulah sebaik-baiknya dalam kehidupan.

Buat Kak Siti Ramlah bt Saad,selamat bersara,jasamu tetap dikenang.Walaupun kita tidak begitu rapat tapi peluang ketika bermain bola jaring ketika menentang staf KMPH dan KMPP tidak akan dilupakan,serta banyak lagi kenangan manis sepanjang perjalanan ke Terengganu dan Kelantan...hanya gambar sebagai kenangan.Selamat meneruskan perjuangan.

Kali ini aku ditugaskan menjadi ketua persiapan pentas,yang selalunya diterajui oleh kak yati,tapi entah kenapa aku pulak yang jadi,tapi tak pelah,ahli-ahli ajk tetap orang yang sama,kak yati and mek ros mudah nak buat kerja dah faham sikap dan cara masing-masing buat kerja.mudah,tak banyak songeh dan banyak toleransi.

Majlis sambutan diadakan pada 30.6.2010 bersamaan hari khamis,manakala 29 hb cuti umum israk mikraj,bermakna 28hb kena siapkan tugasan, namun malang tidak berbau musibah tidak diduga,rumah kak yati dimasuki pencuri,jadi jam 7 pagi kak yati sms bagitau cuti,dalam hati dah agak,dan bila baca sms confirm kak tie cuti.mulanya rasa sedih dan takut jugak kot-kot tak leh nak buat,tapi tentunya sedih lagi kak yati yang kehilangan barang berharga,so tak pelah mek rose ada,dalam hati berharap jangan mek rose cuti sudahlah.

Habis kelas jam 10 pagi terus ke dewan banquet,che mah dah angkat pokok-pokok bunga duplicate dari dewan mahawangsa,sementara tunggu mek rose balik dari post office susun dulu sorang-sorang,mujur ada rafi n suhaily,kemudian datang kinah n murni,jadi meriah sikit,so susun sana,susun sini,tarik sana,tarik sini,angkat sana,angkat sini,tabur sana,tabur sini,tetap nampak tak cantik jugak,yelah selalunya guna pokok-pokok hidup,kali ni kena guna pokok-pokok plastik,recycle semula apa yang apa, maklum zaman kemelesetan melanda,kuasa beli sangat berkurangan,akhirnya bersepakat dengan mek rose pinjam sat bunga kat bilik mesyuarat mahsuri,bunga kesayangan amelia,kak tie n kak ida...maaf yer kami terpaksa ambil sebab nampak sangat pentas tu tak de seri,akhirnya dengan bantuan rafi,maka akhirnya bolehlah boleh...naik seri jugak pentas tu nampak sedondon dengan back drop yang kaler purple lembut tu...itulah yang termampu kami lakukan.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar,segala yang dirancang berjalan dengan sempurna...dan sekali lagi tahniah kepada semua penerima APC teruskan kecemerlangan anda walaupun di mana saja anda berada....

Wednesday, June 22

Ujian

Hidup di dunia adalah untuk diuji.Dalam surah al-Mulk,Allah S.W.T menegaskan bahawa tujuan dia menguji adalah untuk menunjukkan siapa antara manusia yang terbaik amalannya. Jadi,ujian yang Allah datangkan bukan untuk mendra,tetapi mendidik manusia agar menjadi lebih baik.

Salah satu cara allah menguji manusia adalah dengan mengurniakan nikmat. Allah mengurniakan nikmat tidak sama kadar,tempoh masa dan caranya,antara seorang manusia dengan yang lain. Ada yang dapat lebih,ada yang dapat kurang.Ada yang dapat cepat,ada yang lambat dapat. Ini bukanlah kerana Allah tidak adil (Maha suci Allah),tetapi justeru sifat keadilanNya,Allah menetapkannya begitu. Pengagihan nikmat secara adil kepada manusia itu bukanlah bererti sama banyak atau sama rata. Namun,segala nikmat itu dikurniakan bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan masing-masing.

apabila ada hamba yang dikurniakan nikmat yang banyak,maka pihak yang mendapat nikmat yang sedikit akan teruji. Mengapa aku mendapat sedikit? Apabila ada orang yang mendapat nikmat dengan cepat,yang mendapat lambat pula akan tertanya-tanya mengapa aku lambat sangat? Maka,sesiapa yang gagal melihat hikmah disebalik "ketidaksamaan" ini akan timbullah sifat hasad dalam dirinya.

Orang yang hasad hanya melihat kelebihan orang lain berbanding kelebihan diri sendiri. Fikirannya menjadi negatif apabila sering melihat nikmat yang ada padanya. Justeru,mana mungkin ada rasa bersyukur sekiranya asyik melihat kekurangan? Orang yang hasad sentiasa fokus kepada orang yang didengkinya. Mengapa dia yang dapat.aku tidak?Mengapa dia yang pandai,aku tidak?

Persoalan-persoalan itu sentiasa menekan jiwa dan perasaan. Berasa tidak cukup dan tidak bersyukur menyebabkan timbulnya harapan agar nikmat yang ada pada orang lain hilang. Ini penderitaan jiwa yang dahsyat.

orang yang hasad akan menderita 2 kali,pertama disebabkan kekurangan yang dimilikinya dan kedua disebabkan rasa ingin menghilangkan nikmat pada orang lain.orang yang hasad akan dihumban ke dalam neraka. Namun sebelum menderita di neraka akhirat,mereka akan mengalami neraka dunia. Yakni neraka dalam bentuk keresahan,kekacauan dan kegalauan hati yang tidak berkesudahan....

Rasa insaf dalam hati setelah membaca majalah solusi bulan ini...Terima kasih kepada pengarang Pahrol Mohamad Juoi atas isu bulan ini...

Semoga Allah membuang jauh-jauh sifat hasad sekiranya ada dalam hati....

Monday, June 20

Selamat hari bapa


hari ni lebih kurang jam 11 pagi ayah dan rombongan akan mendarat di KLIA.ayah akan sampai dari Mekah kerana menunaikan rukun islam ke 5, memunaikan umrah.walaupun ini kali ke dua ayah menunaikan umrah tapi kerana kecintaan dan keseronokan ke sana membuatkan ayah tak serik walaupun semakin dimamah usia.

rasa sedih dan sedikit terkilan kerana tidak dapat menghantar dan  menjemput ayah di KLIA.bukan tak sudi tapi kerana jarak yang memisahkan,pada masa inilah rasanya rugi sangat duduk berjauhan dengan mak dan ayah,tak dapat bersama mereka di saat mereka memerlukan,namun apakan daya semuanya telah ditentukan oleh Allah..dialah sebaik-baik perancang.

Semalam call along,tanya sapa nak ambik ayah dan mak,sebelum bertolak ke mekah,mak suruh bangcik ambik,tapi semalam along bagitau bangcik tak leh ambik sebab dia ada masalah sendiri,adik izan pulak alasannya azhar baru balik dari songkhla penat,hai macam-macam alasan...sedih aku mendengarnya.akhirnya yang akan di ambik husband along n ain anak sedaraku dan terus ke rumah along sebab along akan adakan majlis doa selamat kat rumah dia...semoga segalanya berjalan lancar.

Buat ayah walaupun ateh tak dapat bersama menyambut kepulangan ayah,tapi ateh tetap mengikuti khabar dan mendoakan yang terbaik buat ayah..semoga kepulangan ayah kali ini lebih diberkati dan mendapat haji yang mabrur...

Sempena hari bapa,ateh nak ucapkan bahawa ateh sangat sayangkan ayah,ayah sangat baik dan tak pernah marah kat ateh..ateh masih ingat ayah sanggup hantar ateh ke seremban naik motor sebab waktu tu kita masih susah,untuk interview guru,dan alhamdulillah ateh dapat offer ke maktab tapi terpaksa buat pilihan ke "U".ateh juga masih ingat ayah tunggu ateh kat pekan bahau,pada malam hari sebab tunggu ateh balik dari UUM sintok...

Banyak lagi jasa-jasa ayah yang tak mungkin ateh lupakan...

Buat ayah ateh sayang kat ayah....

Tuesday, June 14

Kesiannya adib



bermula 1-5/6 yang lalu aku balik kampung Gemas,Negeri Sembilan sebab mak adakan kenduri doa selamat sempena pemergiaan mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah buat kali kedua.

Sebelum balik adib dah menunjukkan tanda-tanda demam,dan cam biasa aku berikan ubat demam yang sentiasa ada masa on the way balik dan hatta kat rumah mak pun aku tak pernah culas menjaga kesihatannya. Masa kat sana cuaca sangat panas,ditambah dengan keadaan rumah mak separuh batu separuh papan menyebabkan dalam cuaca panas terik terasa berbahang sangat,panasnya..kipas tak berhenti berpusing,ditambah lagi dengan bilangan ahli keluarga teralu ramai,menyebabkan keadaan lagi terasa panas...tekak apalagi sentiasa dahaga,jadi ais@air batu tak pernah ketinggalan,memanjang minum kena buh ais...jadi sikecilku tak terkecuali,dia dok nak jugak bila orang minum ais dia akan minta nak nak,nak nak,aduh kesian pulak aku dengar so apalagi dia pun join sama minum ais.

On the way balik hari ahad dia ok lagi tak demam pun sihat cam biasa,tapi bermula hari isnin dan seterusnya dia mula buat perangai,tak mahu letakpun,dia asyik nak dukung jer,kalau aku letak dia menangis,kadangkala geram jugak nak mandi pun tak boleh,masak apalagi,so aku ikutkan saja karenahnya,tak terfikirpun dia nak demam teruk.

Hari selasa malam adikku dari kl sampai untuk bercuti..jam 2 pagi mereka sampai.aku kerja seperti biasa tak ambik cutipun untuk entertain mereka sebab crk dah tinggal berapa hari je dan aku dah banyak tinggal kelas sebab cuti 3 hari minggu sebelumnya,cuma suamiku saja yang menyambung cuti dan membawa mereka berjalan-jalan.

Adib dah mula demam,aku cuma ambik ubat sahaja tanpa berjumpa doktor,dan hari jumaat family aku dan adik ke penang,sebab adikku tu tak pernah sampai penang,jadi kami join sama konon untuk menunjukkan jalan di penang. masa ni adib still demam,dan tak kebah walaupun diberikan ubat demam,bila demamnya kuat aku sumbatkan ubat kat punggung,barulah panasnya kurang.

Hari sabtu pagi baru aku perasan dalam mulut adib penuh dengan sawn putih(ikut kata orang Kedah),bukan sahaja disekitar mulut tapi penuh dianak tekak,ya Allah kesiannya anakku,itu pasallah dia dok meragam dan demam tak kebah.On the way balik singgah kat KMC,doktor kata jangkitan kuman,dan paru-paru adib dah penuh dengan kahak sebab dia dok batuk teruk,doktor suruh warded,tapi aku tak mau kesian kat dia nanti kenan cucuk sana sini,jadi aku minta ubat dulu.Kami juga minta air penawar untuk menghilangkan panas.

Selepas 2 hari makan ubat 4 jenis (paracetamol,salbutamol expectorant,antibiotik klacid dan clarintyne)adib hilang suara,kesiannya anakku,mungkin panas ubat kot...aduh risaunya aku...sehingga ke hari ni suaranya masih tak berapa keluar,menangis pun tak kedengaran,dan missnya suara manja dia panggilku mama,ma,ma,ma.

Semalam jumpa tok dan minta penawar sekali lagi,kot kali ni serasi,katanya tak pe demam budak-budak cepat baik,lega hatiku,dia hembus jugak kat anak aku,mujurlah demamnya dah hilang,aku cuma berikan antibiotik sahaja dan ubat batuk..takut panas sangat...malam semalam aku check dalam mulut dia masih banyak sawan dan masih merah-merah,masuk ari ni dah 5 hari tak hilang-hilang lagi...harap-harap boleh baik cepat.

Kesian kat anakku ni,mungkin dia penat berjalan jauh,dan mungkin silap aku jugak kot,tak sempat nak merebus botol-botol susu dia,dok sibuk bersembang ngan kakak-kakak dan anak sedara...

Aku kena positif adib akan baik cepat.....

Saturday, June 11

Akhirnya...

Hari ni hari  terakhir untuk aku buat keputusan...tengahari khamis yang lalu,aku ditemani kak yati berjumpa dengan pengarah,meminta pandangan dan pendapat beliau apa yang harus ku buat.keputusan apa yang patut ku ambil,setelah agak lama bersembang dan menyatakan apa yang sepatutnya akhirnya aku nekad membuat membuat keputusan....

sebelum keluar dari bilik pengarah,beliau memaklumkan ada surat yang baru difakskan kepada razak berkaitan pemangkuan yang mana beliau tak pasti apa isi kandungan surat tersebut. terus berjumpa CC berkaitan surat tersebut. dalam surat tersebut dinyatakan jika sekiranya dipertimbangkan pemangkuan tersebut dan jika bertukar kolej kami diberikan 3 pilihan mengikut kehendak masing-masing. dan jika sekiranya tiada kekosongan di kolej yang kita pilih,maka permohonan kita tidak akan dipertimbangkan dan kita akan kekal di gred sekarang tanpa sebarang pertukaran...

lega yang teramat aku mendengarnya,dan semua kami yang dalam dilema sekurang-kurang agak lega mendengarnya....

hari ni sebelum jam lima aku akan menghantar borang permohonan,semoga apa yang pilih merupakan yang terbaik buatku..semoga Allah SWT,memakbulkan doaku,dan sekiranya ada rezeki adalah,dan jika tiada pun alhamdulillah kerana Dialah sebaik-baik perancang.

kata orang-orang tua,rezeki secupak takkan jadi segantang jika kita tidak berusaha...

Lepas ni diharapkan tiada lagi dilema yang harus aku tempuhi,dan kalau boleh aku tak mau dah buat pilihan....

Wednesday, June 8

Aku dalam dilema

Ditelan mati mak,diluah mati bapak,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul,tak kena tak rasa,makan tak kenyang,mandi tak basah,itulah perumpamaan atau ibarat yang aku alami saat ini...

Sejak terpaparnya namaku dalam senarai pemangkuan DG 52,hidupku umpama cacing yang kepanasan serba tak kena,dalam dok makan teringat,dok tidur termimpi,pokoknya sekarang ni semua fikir pasal pemangkuan tu. nak terima ke tolak,terima ke tolak...ini keputusan besar yang harus aku buat kerana tersalah buat keputusan ia memberikan kesan yang berpanjangan dalam perkhidmatan.

Semalam taklimat oleh pengarah,diberikan surat akujanji samada setuju terima dengan syarat ditukarkan jika kouta penuh atau setuju tolak,dah terang-terang kouta kat kmk ni penuh,bermakna jika aku terima maka aku akan terpaksa berpindah kalau setakat perlis aku terima,tapi disana pun penuh,buatnya dihantarnya aku kat labuan,Kucing,Kelantan,Johor,Pahang,NS tak ke haru..aduh pening-pening

Selepas taklimat aku dan sembang dengan dak CC yang serba tahu tentang servis kami,katanya jika aku menolak bermakna aku akan kembali ke saluran KUP,bermakna kenaikan pangkat setakat DG 48 sahaja,tidak akan ada DG 52 seperti mana sisterm pemangkuan ni,kemudian katanya lagi sekarang kouta DG 52 masih ada,selepas ni mungkin kouta tersebut penuh so memang tak ada peluang langsung. Sekali fikir aku kena terima sebab bukan senang nak dapat DG 52,kalau kat sekolah sampai sekarang aku akan masih di DG 44.DG 52 ni kalau kat sekolah sama taraf pengetua cemerlang,kalau kat universiti sama taraf dengan prof madya,tapi aku disini selepas 2 tahun ditawarkan DG 52 tanpa ada PHD,tanpa ada RND dan lain-lain requirement..nampak lebih mudah tapi perlukan pengorbanan yang sangat besar...jadi AKU KENA FIKIRKAN.

Mengikut kata-kata kawan yang positif,terima dulu kemudian fikirkan nak pergi ke tak,masalahnya bila kita setuju terima DG 52,bermakna DG 48 yang aku pegang akan kosong,jadi akan diisi oleh orang lain,bermakna  aku kena keluar jugak dengan DG 48,mana lebih baik keluar dengan 52 atau 48.

Sekali fikir aku kena tolak sebab fikirkan kehidupan sekarang,suami terpaksa ditinggalkan sebab kerja ngan UUM,jadi sukar untuk mobile ke mana-mana,anak-anak yang masih kecil,perlukan pengasuh,bertukar sekolah,sapa nak ambik,anak sulungku yang kat Jenan,rumah yang baru aku renovate,dan macam-macam lagi...PERLU AKU FIKIRKAN.

Kata seorang rakan seunit, U fikirkan apa yang U nak dalam kehidupan,mana yang penting,kalau U nak pangkat,terima,tapi kalau U pentingkan keluarga,tolak,tak cukup ke apa yang U ada sekarang ni...

aduh peningnya,susah hatinya..hari ahad hari terakhir untuk hantar borang,bermakna masuk hari ni ada 3 hari lagi untuk aku fikirkan...

FIKIR! FIKIR! FIKIR!.... alangkah beruntungnya dalam kehidupan andai tidak perlu membuat pilihan,tidak akan ada kos lepas...semua ni berpunca dari sumber yang terhad,kehendak manusia yang tidak pernah terhad..tidak pernah puas...adakah aku juga antara mereka itu.