Saturday, December 18

Family Day Cherating- 3-4hb 12.2010

 bang ngah dan bang cik
 gaya bakal doktor gigi-nurul ain
 mama dan baby..tembam sungguh
 anak sedara yang kini jadi marin-shahrul
 menantu-menantu Hj Malek
 gaya aliff kat Sanctuary apartment
 suamiku yang dikasihi yang suka berposing macam anak terunaku
 ibu tercinta yang sedang menikmati makan petang jam 3.30 petang
 anakku n anak sedara-shahira
 ibu mithali
 comelnya darlingku
 sedapnya gulai ikan n peria masak lemak cili padi ler
 organiser adikku Mazlah n suami ---mesra gitu
 awat tunduk je sayang
 saat yang ditunggu-tunggu
 orang kuat dok bakar ayam
 masih aku terasa enaknya ayam panggang
 k.long nabila anak mazlah semasa acara mencari gula-gula dalam tepung
breakfast sebelum bertolak gi kuala terengganu

Lensa tidak berhenti berkelik dari mula sampai hinggalah sampai suatu saat dah tak sanggup merakamkan detik-detik manis sepanjang perhimpunan keluarga bermula 3hb.Walaupun tak cukup korum kerana seorang abang dan 2 orang kakakku tak dapat join kerana ada masalah masing-masing...apapun yang berlaku akan tetap berlaku.

Walaupun semasa check in hingga dini malam hujan rahmat mengiringi perhimpunan kami..acara tetap diteruskan..sukaneka dibuat dalam bilik,karaoke diteruskan juga dengan permisi pihak hotel cuma acara sukan pantai untuk kaum bapa dan ibu sahaja yang dibatalkan..

Aku tak dapat join acara sukaneka cuma menghantar wakil sahaja aliff,sebabnya ketiga-tiga anak kecikku kepenatan...masuk tidur awal jadi akupun sama ler meneman...rasa ralat juga tak leh tengok depa main sukaneka...tak pe tahun depan kat PD pulak aku kalau boleh tak nak lepaskan peluang...

Kami check out awal lebih kurang jam 10 pagi...kerana rancangan untuk ke Kuala Terengganu akan diteruskan memandangkan cuaca baik...nasib menyebelahi kami kerana hujan yang turun seharian sebelum itu berhenti pada pagi berikutnya...

Perjalanan diteruskan hingga ke Kuala Terengganu...tunggu next n3 ya...

Gi Teluk Cempedak

 tak lepas peluang posing
 anak-anakku dan anak sedara

 gaya anak terunaku
 heroku yang semakin membesar

 sibongsuku yang semakin membesar
 aku yang semakin gemuk

Seronoknya bercuti dari 2/12/2010 - 7/12/2010...ada family day HJ Malek kat Cherating,Pahang...tahun lepas buat kat Melaka tapi aku tak sempat join..aku tak ingat kenapa.jadi tahun ni tak leh lepas peluang..tarikh 3 dan 4/12/2010.Tapi aku gi awal tidur rumah adik ku dulu Mazlah kat Balok Perdana Kuantan..aku bertolak hari khamis 2hb...

Hari Jumaat masa nak gi beli barang-barang kat Bandar Kuantan..dan kami singgah sat kat Teluk Cempedak...dah lama sangat rasanya tak gi kat sini..seingat aku last pergi 4 tahun yang lepas...kali ni tak leh mandi pun tak pelah boleh posing pun jadilah.... 






Wednesday, December 8

Aktiviti Hujung minggu







Jelas kelihatan keriangan buat si anak bila diberi kesempatan bermain air dalam kolam buatan.Inilah aktiviti 2 beradik ni bila time cuti..tak puas-puas main air...seronok melihat mereka melompat,berenang dan bergurauan....anak-anak zaman sekarang tak boleh mandi kolam kat hotel mandi kat rumah...kalau zaman aku dulu jangan harap nak rasa semua ni...syukur dengan kemajuan zaman sekarang....

Gambar ini kurakamkan sebagai kenangan sementara mereka masih kecil....tahun berganti usia mereka semakin meningkat....adakah akan datang lagi situasi seperti ini....

Buat bang Iez n bang cik Airell walaupun tingkahmu kadang memeningkan...tetapi sebenarnya mama terhibur dengan tingkah kalian...

Tuesday, November 23

Langkawi


Megahnya sang Helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi


Penguin yang sempat dirakam





Posing di dataran Lang





Bersama sebahagian family besar







Bersama mak dan ayah


Actually gambar-gambar ni dirakamkan untuk kenangan pada tahun lepas semasa percutian dengan mak ayah,kakak dan adik...tapi semalam hubby ada kursus kat Langkawi selama 3 hari 2 malam..walaupun tak jauh dan tak lama tapi bagi aku dalam situasi sekarang seumpama hilang sebelah tangan. Kalau dia ada beban tugas boleh dikongsi berdua..sekurang-kurangnya urusan membasuh baju dia yang lakukan,membancuh susu anak-anak dia tolong buatkan dan semasa aku memasak dia boleh tolong jagakan si babyku...walaupun baby sekarang lebih banyak duk dalam walker tapi dia rajin jugak dukung sebab kesian tengok baby dalam walker.
Apa yang buat aku teringat kat Langkawi ni ialah kata-kata ayah ...sewaktu kami gi bersantai kat Dataran Lang dulu...nak tau apa kata ayahku...ateh panggilan namaku di negeri sembilan semua adik-beradikku panggil nama itu,nak tau kenapa sepatutnya panggilan ateh ditujukan kepada anak nombor 4 dalam keluarga selepas alang,tapi disebabkan kawanku mak dia panggil ateh maka akupun nak jadi ateh,walaupun sepatutnya aku mungkin dipanggil andak..sebab aku anak 7 dari 9 beradik...disebabkan kemahuanku itu lekatlah sampai sekarang ni keluargaku memanggil ateh dan mak teh buat anak-anak sedaraku.
Kata ayah lagi teh ayah tengok kau ni gomoklah(bermaksud gemuk),kau ni mengandung agak eh..maka aku pun dengan rasa marah menjawab..eh ayah ni merepek jelah mana ateh mengandung...ateh ni sedang tunggu period mai..mengarut je ayah ni...dalam hati memang rasa tak dan memang aku tak nak sebab waktu anak ketigaku baru berumur 2 tahun aku dah tak larat...
Masa berjalan seperti biasa, hari demi hari berlalu tanpa ada rasa apa-apa...tapi semakin hari aku dok menunggu tapi tak kunjung tiba..aku mula rasa sangsi..dan takut kata-kata ayah menjadi kenyataan. Dalam pada tu yang menambahkan rasa takut dihatiku ialah anak ketigaku menghisap ibu jari kakinya...ah sudah!! orang tua-tua kata kalau anak kecik menghisap ibu jari kaki tandanya nak dapat adik...risaunya ya tuhan...
Akhirnya setelah seminggu lebih tidak dikunjungi tetamu maka aku bertandang berjumpa dengan Dr.Annuar kat Mahsuri...akhirnya disahkan aku ......mengandung 2 bulan lebih.Ya Allah aku tak pasti aku suka atau tidak takut kerana nak dioperate untuk kali ke 4,suka kot-kot dapat baby girl n rezeki dari Allah...serba salah aku...akhirnya kuterima juga kurniaan dari Allah ini maka 15.2.2010 lahirlah Mohd Adib Zariff permata hatiku yang ke 4 yang kini telah pun berusia 9 bulan lebih...
Akhirnya aku akur kata-kata ayah...rupanya-rupanya Allah memberikan kelebihan kepada insan yang lebih dewasa dari kita...untuk menilai...apa yang aku kesalkan aku bersuara menidakkan kata-kata ayah dengan suara yang agak tinggi dari biasa...mungkin ayah terasa tapi cepat-cepat aku memohon maaf dan mengiakan apa yang dikata.
Moralnya apa yang dikatakan oleh seseorang jangan cepat kita menafikan atau mengiakan tanpa ada bukti....

Wednesday, November 17

Kepulangan

Semalam hari raya Aidil Adha..semuanya seperti biasa..namun sms yang kuterima jam lebih kurang 5 petang dari zuriah benar-benar membuatku terpaku seketika...terasa amat bersalah kerana tidak sempat melawat izat anak kak romlah yang terlantar koma pada hari jumaat yang lepas...

Kembalinya Shahrul Izat bin Azhar benar-benar membuatku rasa sedih yang amat...kerana beliau merupakan teman baik aliff anakku pada 7 tahun yang lepas ketika aku masih di KMP dan menjadi warden bersama kak Romlah.Masih terngiang-ngiang di telingatku panggilan bang jat buat si arwah...yang merupakan anak lelaki bongsu kak romlah pada ketika itu...

Takziah kepada kak romlah di atas kehilangan permata hati yang amat disayangi semalam...semoga Allah memberikan rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Amin

Pemergian arwah ke rahmatullah lebih kurang jam 10 pagi disebabkan kemalangan motorsikal yang diboncengnya bersama kawan karib...dimaklumkan bahawa akibat kemalangan tersebut Izat mengalami koma kerana tengkorak kepalanya mencucuk otak menyebabkan pendarahan yang tidak berhenti...ini menyebabkan doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana keadaanya yang tidak stabil.

Sms yang kuterima pada jumaat lepas lebih kurang jam 11.00 malam membuatkan tidurku terganggu kerana asyik terkenangkan si arwah yang ku anggap macam anak sendiri kerana hubungan akrab antara beliau dan aliff. Pertukaran ku ke KMK merenggangkan hubungan antara dua sahabat ketika kecil...amat terkilan sekali aku kerana tidak sempat melawat arwah semasa hayatnya masih ada.

Buat kak Romlah takziah sekali lagi dan aku amat yakin bahawa beliau seorang yang tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan tuhan ini..keyakinan ini berdasarkan pengalamanku bersama beliau lebih kurang 2 tahun ketika menjadi warden di KMK..susah dan senang kami hadapi bersama.

Al-Fatihah buat Sharul Izat bin Azhar...Allah hanya meminjamkan hayatnya selama 14 tahun sahaja....Amin.

Sunday, November 14

Esok cuti raya



Terasa baru semalam je bekerja....penat dok rumah menguruskan anak-anak masih lagi terasa...rupa-rupanya esok akan bercuti lagi....cuti selama 5 hari untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha, raya menumpang je untuk para jemaah yang menunaikan fardhu haji rukun islam ke lima...Moga semua para jemaah haji mendapat haji yang mabrur...Amin

Esok cuti berganti..apapun tak pelah untuk memberi peluang kepada pelajar matrik untuk balik kampung bersama-sama ibu bapa tercinta meraikan hari raya korban ini...walaupun mereka ni baru je pulang dari cuti semester 1...seakan terasa membazir je...tenaga,wang dan masa, tapi nak buat cammana semuanya telah disusun dan apa yang berlaku akan tetap berlaku....

Aku esok nak buat apa ye...pagi kena gi Sekolah Ahmad Tajuddin dulu nak daftar n tempah baju sekolah Ariez anak keduaku yang akan masuk pra sekolah...he he rupa-rupanya anak ku ini dah semakin besar nak sekolah dah bang iez... harap-harap anak ku ini cekal hatinya untuk ke tadika...tiada lagi alasan macam sekarang.

Lepas ke sekolah aku rasa kena pi rumah ibu mertua kot..yalah lusakan nak raya..sebagai menantu mithali aku kenalah tolong masak untuk jamuan raya...macam biasalah kalau menu raya tentulah ketupat daun palas sebab aku menikah ngan orang Kedah,kalau kat rumah mak sendiri tentulah lemang,cicah ketupat tentunya mertuaku masak ayam hanga,daging masak palembang...itu tentu setiap tahun...

Raya haji tahun ni aku tak balik nogori pun sebabnya plan nak balik family day awal bulan 12 nanti...bukan apa almaklumlah balik jauh terkopak jugalah ribu-ribu kalau sesekali balik tu...jadi disebabkan ekonomi meleset ni aku terpaksalah membuat pilihan...dan tentulah ada kos lepasnya..iaitu tak balik raya haji...pandai aku mengapply teori ekonomi dalam kehidupan aku...mentang-mentanglah pensyarah ekonomi kat matrik ni...Selain tu tiap-tiap tahun raya posa atau haji aku balik kampung..kesian jugak kat mertuaku di sini walaupun kami duk se daerah tetapi tentu juga ada keinginannya untuk meraikan lebaran bersama-sama anak n cucu-cucunya...Nasib baiklah aku ni jenis menantu yang prihatin tu pasallah aku raya kat sini...ewah..ewah..


Kepada semua kengkawan seblog atau tak seblog dan seluruh umat Islam diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha...kepada yang balik kampung semoga selamat menempuh perjalanan.semoga selamat pergi dan selamat balik.Amin

Monday, November 8

Last day cuti

yey..yey... hari ni last cuti.nak seronok ke nak sedih hah tak taulah..kadang fikir rasa seronok nak mulakan sem baru yang sepatutnya bermula pada isnin yang lepas tapi dapat tambahan lagi 2 hari cuti...yalah banjir...

Seronok sebab aku rasa boleh gak relax kat sekolah tu yalah walaupun kerja bertimbun tak siap lagi ada gak masa nak chat ngan kengkawan...lepas ni kena siapkan Fail pensyarah,RPH tak mula lagi,bahan pengajaran tak susun lagi,pokok pangkalnya macam-macamlah...

Rasa sedihlah sebab terpaksa tinggalkan anak-anak kat rumah pengasuh cam biasa..kesian kat anak-anak pagi-pagi dah kena usung ke rumah orang,kalau dok rumah bolehlah bangun lambat sikit,lepaih tu depa seronok dok umah macam-macam boleh buat.. tengok tv dari celik mata sampai nak tidur 24 jam tv tu terpasang,kalau tv tu boleh cakap dah lama dah agaknya dia menjerit suruh tutup,bab mandi satu hal depa punyalah seronok mandi sampai berjam dok bawah pancuran air suam tu lantaklah asalkan depa bahagia aku tak dan nak mandikan dok sibuk ngan baby kecik ni. si baby kecik ni lagi satu hal 24 jam dok berkepit ngan aku susah jadinya nak masuk toilet pun dia nak ikut,nak makan jenuh pinggan dok letak sebatu dari mulut kalau dekat dia capai..aduhai letih cam ni tapi aku tetap gemuks walaupun makan tergopoh gapah....tu sapa nak jawab. Bab memasak paling best aku akan masak apa yang depa suka terutama anak keduaku ariez yang kaki makan tu tak habih-habih dia ucapkan terima kasih kat aku sebab masakkan untuk dia...sama-sama sayang apa yang mama lakukan hanyalah untukmu anak-anak tersayang..

Hari ni hari last cuti aku rasa malas pulak nak masak..semalam aku buat kari tulang n kentang ada banyak lagi aku panaskan yang tu jelah...sat lagi goreng ikan n sayur cukuplah menu untuk hari ni...anak-anak sat gi goreng telur dadar jelah dah letih dok rumah. Kalau gi kerja tu bolehlah bersiap sakan pakai baju cantik,mekap sikit,buh minyak sikit pendek kata bolehlah melaram...


Kat rumah ni aku rasa cam bibik pun ada dok pakai t.shirt n kain batik je nak mandi kena tunggu adib lena dulu,bau pulak macam-macam ada bau ayam,ikan pekasam,peluh masem...hai entahlah....

Apapun esok kene keje suka ke tak suka hidup perlu diteruskan yang berlaku akan tetap berlaku....tunggu......

Jitra banjir


pekan Jitra

laluan tepi SMJ

pekan Jitra

depan SMJ

depan SMJ

pekan jitra

pekan jitra

jln jitra kodiang

jln depan taman sinaran

sungai bata

jln kg biak ke bukit wang


Inilah gambar-gambar yang sempat me n hubby rakamkan semasa banjir yang berlaku pada 3hb yang lalu.Gambar ni dah lama dirakam cuma tak dan nak upload kat dlm blog ni..almaklumlah walaupun cuti panjang tetapi tugasan dirumah ni lagi ......panjang.

Kepada sesiapa yang tak sempat melihat banjir kat daerah kubang pasu ni ...lihatlah

Kejadian ini bukan kali pertama malah pernah berlaku pada tahun 2005 dan berulang semula pada tahun ini...rumah mak mertua juga tidak terkecuali..air naik paras pinggang menyebabkan banyak perabut musnah....

Adakah banjir ini musibah yang diturunkan oleh Allah sebagai peringatan kepada manusia yang begitu rakus memusnahkan alam semulajadi ciptaan Allah...

Sama-samalah kita fikirkan...

Kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang terlibat dengan banjir ini..bersabarlah setiap kejadian tentu ada hikmah disebaliknya....

Sunday, October 31

cuti datang lagi

Salam buat semua kengkawan blogger..hari ni masuk hari yang ke 6 bercuti..aku tidak ke mana-manapun sekadar menghabiskan masa yang sangat berharga ini dengan menjaga,membelai dan menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak sahaja. Kadangkala timbul rasa jahat dihati ini kenapa aku tak macam kawan-kawan lain yang dengan mudah untuk kemana-mana tanpa rasa susah,tak perlu memikirkan banyak perkara..mereka boleh pergi ke mana-mana sahaja dengan sesuka hati..bagi aku terpaksa berfikir berpuluh kali untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil ini...

semalam anakku yang sulung kembali ke asrama setelah bercuti selama 3 hari...alangkah sedih dan sayunya melihat anakku melangkah pergi meninggalkan aku dan adik-adik untuk meneruskan perjuangan...dalam keterpaksaan aku merelakan dan mendoakan semoga anakku ini mencapai kecemerlangan dalam pelajaran seterusnya berjaya dalam kehidupan.Amin.

Hari ini dan semalam aku merasakan kesunyian yang amat sangat rasa rindu yang membuak terhadap anak teruna sulung ku..dialah anak ku yang paling manja kerana aku menumpukan sepenuh rasa kasih dan sayang padanya sehingga berumur 9 tahun..ini kerana dia tidak dikurniakan adik..pulangnya walau seketika meringankan bebanku..dia ringan tulang membantuku membasuh pinggan,menyapu halaman,melipat kain dan ke kedai walaupun diterik mentari dan dibasahi hujan..anakku ini tidak sedikitpun menolaknya..Along mama sangat rindu..
Selalu juga aku memintanya agar kembali tinggal di rumah,tapi dia menolaknya kerana katanya biarlah dia berdikari...aku merelakan walaupun aku sangat terasa kehilangan...

Hujan yang turun tanpa henti selama 3 hari ini menambahkan lagi rasa sunyi dihatiku..biarpun aku dikelilingi oleh 3 anak yang masih kecil yang sentiasa memerlukan aku...namun aku rasa seolah-olah kehilangan.

Bermula 3 hari yang lepas ..menjelang tengah malam barulah suami kesayangan akan pulang..kesibukkan yang sementara meresahkan dan memenatkan aku kerna terpaksa menguruskan segalanya sendirian...dari hal ehwal anak-anak sehinggalah rumah tangga. Cepatlah segalanya berakhir kerana aku telah keletihan..

Masa terluang yang singkat ini juga aku gunakan untuk menambahkan ilmu di dada...sempat aku menghabiskan 2 buah novel yang ku pinjam dr library awam sebelum cuti datang.Kisah kehidupan rumah tangga yang penuh pergolakkan...

"Ku petik kata dari novel...nilai dan kepentingan sesuatu itu cuma disedari apabila ia tidak dimiliki...."

Monday, October 18

Birthday Afif



Birthday boy afif n sepupu
Afif n mama sedang memotong kek
bang ngah sedang menikmati kek


bang chik Airell sempat berposing
Baby Adib tertidur keletihan
hari ini 15.10.2010 bersamaan hari jumaat genaplah Afif berusia 2 tahun.Manakala baby Adib berusia 8 bulan. Tahniah sayang...
Afif merupakan anak sedara kepada ku..ibunya dik ja merupakan adik bongsu kepada suamiku.Sempena hari lahirnya satu majlis kecil-kecilan telah diadakan dirumah ibu mertuanya di Bukit Tangga..jadi kami adik-beradik telah diundang untuk makan tengahari.Nampaknya untuk lunch tengahari beres..tak perlu masak..lega..bukan aku malas tapi rezeki datang jangan ditolak. Orang tua-tua kata tak baik. Pagi tu sebelum ke bukit tangga aku telah bertungkus-lumus menyediakan kuah kari sebab aku bercadang untuk membawa mee kari ke SMSAH untuk dimakan bersama anak sulung kesayanganku yang berada di asrama pada petangnya...
Setelah siap siaga lebih kurang jam 11.00 pagi aku pun bersiap sedia untuk ke Bukit Tangga.Rancangan asal dengan birasku Azah untuk gi jam 11 lebih tapi macam biasalah ibu anak-anak kecik ni sangat sibuk terlalu banyak masa yang diperlukan untuk menguruskan 3 beradik tu di samping menguruskan rumah tangga...aduh letih...bermula dengan memandikan si ariez n airell,menyiapkan dan setelah selesai menguruskan 2 beradik tu giliran aku pulak untuk mandi dan bersiap...mujur Adib tidur mungkin keletihan sebab 3& 4 hari sebelum tu dia tak dapat tidur sebab batuk..mungkin dia sedang cover tidur ...
Akhirnya jam 12 lebih barulah kami bertolak ke Bukit Tangga...Adib hanya sempat tukar baju je tak dan makan dan mandipun sebab dah lewat..mujurlah sikecik tu tak meragam bila diangkat dari tidur...baupun sangat wangi dengan bau syurga...jadi tak kisahlah tak mandipun cuma aku bawa jugaklah nestum untuk disuap bila sampai bukit tangga nanti.
Kami sampai kat Bukit Tangga lebih kurang jam 12.30 tengahari...tengok sapa pun tak de...kereta dik ja n ezani pun tak de...aih mula rasa cuak.betul ke hari ni,betul ke buat kat sini..akhirnya aku telepon dik ja...segalanya terjawab memang betul dan sah kat situlah..Akhirnya dik ja keluar bersama bapak mertuanya untuk menyambut kami...biras-birasku yang lain belum nampak batang hidung lagi...
Lebih kurang 10 minit birasku Azah n family sampai tapi Eteen belum nampak bayang. Selang beberapa minit kemudian kami dipersilakan makan ala buffet.menu yang disediakan oleh tuan rumah dik ja n mak mertuanya yang kami panggil mak njang ialah kari tulang campur rebung,ayam masak kicap,ikan goreng,sambal belacan dan ulam-ulaman. Pencuci mulut ialah puding caramel yang dibuat oleh dik ja.Rasanya not bad walaupun first time mencuba.Kami makan penuh berselera maklumlah makan free n everything is ready tak yah buat apa,ambik nasi buh dalam pinggan n ngap...tontulah sodap.
Selesai makan acara memotong kek oleh birthday boy dimulakan. Sepatutnya birthday boy yang tiup lilin tapi disebabkan sepupu-sepupunya lebih besar dan baru jugak nak hidup maka orang lain punya birthday orang lain yang tiup.si Anas anak eteen yang rajin dok tiup lilin walaupun beberapa kali lilin dinyalakan.Lantaklah Anas janji dapat makan kek.
Apapun happy birthday diucapkan buat Afif semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh buat ibu bapanya...Kepada dik ja tahniah kerana akhirnya kebahagiaan menjadi milik dik ja walaupun suatu ketika dulu begitu sukar untuk dik ja menerima kehadiran suami yang bukan merupakan pilihan hati...Akhirnya perhitungan ibu bapa dalam menentukan jodoh anak rupanya tiada silap dan salahnya..

Wednesday, October 13

Adib demam lagi

Masuk hari ini dah 4 hari baby kesayanganku ini batuk dan dari helaan nafas kedengaran bunyi berdehit..mungkin menandakan penat/asma..aduh risaunya...

Bermacam usaha dah dilakukan, semalam bawa adib gi KMC buat nebulizer untuk cairkan kahak,pemeriksaan yang dilakukan oleh Dr semalam tak teruk sangat cuma ada sedikit je kahak dalam paru-paru dan dia tak demam...jadi dr bekalkan ubat antibiotik jenis curam,ubat selsema cetrizine,batuk gelema salbutamol expectorant...sebelum tu aku dah bawa gi dr noriah...dr kata ada tanda dia penat,jd dr bekalkan ubat demam,antibiotik dan batuk gelema serta penat...dah makan 2 hari tapi aku rasa tak berapa ada perubahan sebab tu gi KMC...

Selama 3 malam ni adib tidur tak jerap..asyik menangis..bila tidur kemudian batuk dia akan menangis...mungkin dadanya rasa sesak, aduh kesian bangat anak kecilku ini...sekejap dia tidur atas tilam,sekejap dalam buaian,sekejap tidur dalam dakapan..pokoknya semua tak kena..aku tak kisah tentang masa tidurku ini..biarlah aku redha tak tidur sekalipun tak pe aku rela demi menjaga anak kecil kesayangan ini...cuma aku kesian sangat baby yang nak masuk 8 bulan esok (15.10.10) tak leh tidur...Ya Allah sembuhkanlah segera batuk anak ku ini...

Aku cuma tak mahu perkara yang sama berulang lagi...2008 anak ketigaku Airell dimasukkan ke wad kerana batuk yang berpanjangan menyebabkan paru-parunya dijangkiti kuman dan dari X-ray yang dilakukan dia disahkan mendapat pneumonia. Aku kalau boleh tak mahu anak-anak aku masuk wad sebab tak sanggup melihat dan mendengar tangisan mereka yang kesakitan apabila jururawat-jururawat terpaksa memasukkan jarum kedalam tangan mereka untuk didrip ubat atau air...selain itu apabila dah masuk hospital macam-macam kena buat..sampaikan anak ketigaku ini jadi trauma dan akhirnya aku terpaksa minta balik dengan risiko sendiri disebabkan anak ku dah tak mahu duduk atas katilnya kat hospital sentiasa nak duduk kat luar wad.dan aku meneruskan rawatan di rumah sendiri dan ... alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik.Jadi aku berdoa semoga si bongsuku ini tak perlu mengalami situasi yang sama dengan bang ciknya..

Doa ibu yang berpanjangan InsyaAllah akan direstui oleh Allah S.W.T . aku yakin bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya...

Buat anak-anakku tersayang ingatlah bahawa dari lahirmu iaitu semasa tapak kaki sebesar 2 jari sehingga anak-anakku menginjak dewasa mama menjaga,merawat dan membelai dengan penuh kasih sayang, bukan wang ringgit yang mama pinta sebagai balasan tapi cukuplah perhatian dan kasih sayang yang berpanjangan seandainya mamamu ini berpanjangan usianya hingga hilang kudratnya untuk berusaha sendiri...dimasa itulah anak-anakku tersayang harus mengenang jasa dan pengorbanan mamamu....



Monday, October 11

Minggu ulangkaji PSPM

hussain,irfan,me, atiqah,anisha,najibah,alia n syaheera

hazirah(tunduk),lisa,afiq,anisah,syuhada,shikin

Salam..minggu ini merupakan minggu ulangkaji dan juga minggu Muet bagi pelajar matrik. Minggu ini jugalah merupakan minggu yang paling sibuk bagi pensyarah-pensyarah subjek teras kerana subjek tersebut terlibat dengan peperiksaan...tapi tidak bermakna pensyarah subjek wajib tidak sibuk ...mereka juga ada banyak perkara yang perlu dilakukan sepanjang minggu ini.
Tidak ketinggalan adalah aku sebagai pensyarah ekonomi..bermula hari hari ahad 10.10.10 (cantik tarikh ni) sebab tu ada yang memilih tarikh ini untuk dijadikan kenangan dengan mengadakan majlis perkahwinan,pertunangan dan seumpamanya seperti angkasawan negara Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menamatkan zaman bujang yang penuh glamour dengan gadis idaman melalui akad dan janji..begitu juga pelakon Aqasha yang menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati. orang tak glamor juga memilih tarikh ini mungkin kerana senang untuk diingati...buat anak sedaraku kak ngah @ pizah tahniah juga mak teh ucapkan di atas majlis pertunangan pada tarikh ini,namun maaf jualah dipinta kerana mak teh tidak turut serta dalam majlis pertunangan tersebut atas sebab yang tak dapat dielakkan..Dari kejauhan ini mak teh mendoakan semoga pizah akan kekal bersama pasangan sehidup semati...InsyaAllah di majlis perkahwinan nanti mak teh akan cuba menghadirkan diri.
Program latih to A yang diadakan di Dewan Banquet bertujuan untuk mendrill pelajar-pelajar yang dikategorikan iaitu perlu mengambil ubat,masuk ward dan masuk icu. Melalui latihan demi latihan ini diharapkan sesangat-sangat pelajar boleh menjawab soalan.Jika tidak mendapat A pun memadailah B...walaupun semua pensyarah mengharapkan pelajar mendapat A..Kepuasan sebagai pensyarah akan diperolehi jika pelajar berjaya menjawab dengan cemerlang.
Sebagai pensyarah saya sangat yakin...sebanyak mana usaha kita sebanyak itulah yang kita akan dapat...Doa tanpa usaha tak dapat,usaha tanpa doa tak berkat...jika segalanya telah dilakukan selebihnya berserah kepada Allah...
Buat anak-anak didikku ingatlah....Untuk Mencicip Kemanisan Perlu Bermula dengan Mengupas Kepahitan....



Sunday, October 10

Bengkel Program Kecemerlangan Pelajar

ketua unit En.Rifae senyuman gembira lisa,eva,anisah dan faizah

wajah-wajah nakal dan serius pelajar
pelajar-pelajar tekun menjawab soalan yang diberikan



hazirah dan syaheera sempat berposing walaupun dalam proses pembelajaran

7 hb 10.2010 bersamaan hari Khamis, bermula jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang satu bengkel kecemerlangan telah diadakan di bangunan Langkasuka yang mana saya,mek ros dan kak yati yang terpaksa conduct program tersebut dengan anjuran JPP kolej. Dalam program tersebut kami telah menyediakan soalan esei pendek dan panjang yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar-pelajar yang sememangnya kami tahu amat lemah dalam menjawab soalan esei. Sebelum program bermula kami bertungkus lumus menyediakan soalan dan skema jawapan...harapan kami semoga anak-anak didik kami yang terdiri dari kuliah A1 seramai 172 orang dan kuliah A2 yang seramai 136 orang berjaya mendapat A dalam subjek mikroekonomi semester ini.semoga usaha-usaha kami diberkati dengan semua pelajar mendapat A..amin.
Pada petang tersebut ketua unit iaitu En.Ahmad Rifae turut serta memantau perjalanan program..malahan beliau yang turun padang juga terpaksa melayani pertanyaan demi pertanyaan dari para pelajar yang inginkan penerangan dari setiap soalan. Kami semua tidak menang tangan untuk melayani pertanyaan pelajar..apapun kami puas hati kerana nampak ada kesungguhan dari para pelajar. Semoga usaha kami yang sedikit ini diberkati Allah.
Disini dipaparkan aksi-aksi para pelajar semasa program tersebut berlangsung..ada yang sempat memberikan pose istemewa.,ada yang diambil secara kandid...apapun moga semuanya berjaya mendapat A...yes A for Ekonomi....

















Tuesday, October 5

Lega

Salam.minggu ini aku berasa sangat lega..yang pertama-tamanya kerana bulan PTK dah habis..aku dah bebas dari menjadi PTK candidate.Bermacam kerja yang perlu dilakukan dah beres dan aku juga telah selamat menduduki PTK exam untuk paper generik pada 25.9.2010 bersamaan hari sabtu yang lepas.Soalan yang buat kepala aku pening..aku jawab ntah apa-apa aku mengharapkan supaya Allah memberkati ku .cukuplah kalau dapat III.Lulus yang tak perlu aku ulang...memang layak dapat III jepun sebab masa mendaftar aku masih lagi memangku..sekarang aku dah dapat hakiki bermula 25.8.2009.Syukran

Minggu ini juga merupakan minggu terakhir P&P..minggu depan study week tak de kelas..tak bermakna aku boleh goyang kaki..minggu depanlah minggu yang paling sibuk sekali buat kami pensyarah-pensyarah teras subjek,bertungkus lumus mengajar,menerang,memberi tip dan sebagainya kepada anak-anak didik supaya masuk dewan peperiksaan mereka boleh tersenyum kegembiraan...

Apapun aku redha dan ikhlas hati mendoakan supaya anak-anak didikku ini berjaya menjawab dengan cemerlang.aku halalkan segala apa yang telah mereka lakukan dan ilmu yang ku ajarkan biarpun mereka tidak datang meminta maaf atau minta dihalalkan.aku yakin keberkatan akan mereka perolehi jika guru-guru menghalal dan memaafkan segala yang diberikan..

Untuk anak-anak didikku samada menjadi insan mulia atau hina..adalah ditentukan oleh anda sendiri...