Friday, July 30

adib masuk wad

hari ini 22hb jumaat jam 9.30 pagi aku ,hubby n anak-anak ke kmc untuk dapatkan rawatan sbb adib demam pada petang n malam khamis.setelah pemeriksaan dilakukan oleh dr chua pakar kanak-kanak aku diberitahu oleh dr bahawa anakku perlu dimasukkan ke wad kerana selain demam dr mendapati ubun-ubun kepala anakku bengkak dan dr suspect anakku mungkin terkena meningitis yang berbahaya yang mana ia b0leh menyebabkan kecacatan kekal sekiranya berlaku jangkitan pada otak.pada mulanya aku tak mahu anakku masuk wad kerana aku rasa demam biasa shj tapi dr berkeras mahu anakku ke wad kerana katanya merbahaya dan demi masa depannya.

akupun terpaksa bersetuju..maka akupun diarahkan supaya membuat ujian darah..dan hasilnya terdapat kuman dalam darah anakku dan anakku ditempatkan di tingkat 4 bilik 402 katil no.1.maka proses biasa dihospital pun bermula dimana anakku terpaksa didrip ubat antibiotik.

pada sebelah petang pula anakku terpaksa discan ubun2nya yang bengkak untuk memastikan tidak terdapat lebihan air dalam kepalanya yang mana ia dikenali sebagai hidrocephalus.hanya Allah yang maha mengetahui betapa risaunya aku dan tidak henti-henti ibu ini berdoa dan membaca ayat kursi di ubun-ubun anakku ini. syukur segalanya dipermudahkan Allah bahawa segalanya normal.

Akhirnya pada 25 julai aku dibenarkan discharge setelah doktor mendapati bahawa anakku ini hanya demam virus sahaja berdasarkan rashes yang tumbuh dibadannya pada petang sabtu .walaubagaimanapun rawatan antibiotik perlu diteruskan sehingga hari selasa dan aku menyanggupi untuk berulang ke kmc dari terus berada diwad ini.

terima kasih kepada sedara mara dan teman-teman yang sudi melawt terutama kak ida dan my wardmate ustazah sharifah yang banyak membantu terutama ketika adib diganggu makhlus halus tempoh hari. buat dr chua terima kasih atas desakan dan kebimbangan yang akhirnya cepat mengenalpasti simptom.buat adik-adik nurse yang baik hati teruskan berbakti kepada masyarakat.


adib yang terlena setelah diberikan ubat
tangan kiri adib yang masih berbalut ketika dibawa pulang

No comments:

Post a Comment