Friday, July 9

KMP satu dekad



malam tadi aku,mek ros,kak yati n kak siti ke KMP kerana mendapat undangan sambutan KMP satu dekad.kami merupakan mantan pensyarah KMP dari tahun 2000.Semua mantan pensyarah dan mantan Pengarah dijemput beserta dengan tetamu tuan rumah.

lebih kurang jam 6.30 petang aku dihantar oleh hubby ke rumah kak siti di taman mutiara kerana kami menumpang kereta kak siti.aku merupakan orang yang terawal sampai diikuti kak yati n mek ros yang membawa keta masing2 dan parked dirumah kak siti.

dalam perjalanan masing-masing mengadu lapar kecuali aku yang kenyang kerana sebelum pergi aku melawat anak teruna kesayanganku di Jenan yang merupakan rutin mingguanku selama ini.aku sempat menggoreng bihun,merebus jagung dan membancuh oren sunkist serta sedikit buahan untuk kami makan bersama.

sampai kat Arau lebih kurang jam 7.15 petang,kami sempat singgah makan kat gerai... makan roti canai n milo o panas.aku yang tak lapar nipun tumpang ler sekaki takkan nak tengok orang makan je kot. selesai makan maka kamipun ke KMP sembahyang n terus ke Dewan kayangan tempat acara berlansung.

kami sempat bersalaman dan berpelukan dengan rakan2 lama yang ditinggalkan.ada yang semakin slim,ada yang semakin gebus ada yang sedang berbadan dua dan pelbagai ragam.hilang kerinduan...ada yang memandang dari kejauhan...namun tiada bicara....

sepanjang acara berlangsung,kami rasakan agak bosan kerana terlalu panjang mula-mula acara melalui multimedia,kemudian diikuti pengkisahan..samapi tahap ni aku rasa bosan tahap gaban(intan jiran akak pinjam ayat intan) sebab terlalu lama..hubby pulak keje dok tipon tanya bila nak balik..pantang isteri keluar sat cepat je bertanya..cuba dia tak pulak dia kisah...ini menunjukkan tanpa aku di rumah siapalah dia...he he he

habis acara penyampaian cenderahati kepada yang terlibat pengkisahan(pn norila-mantan penyelia asrama,ustaz shopuan anuar -mantan PPHEP,en.jusoh,dan mantan pengarah Tn Hj Zakaria bin Harun) majlis bersurai dan jeng jeng jeng acara yang ditunggu tunggu...makan..

alamak ingatkan makan yang best best..cuma high tea je..mee kari,kuih 2 jenis dan tea or coffee,jadi ler la ni kan matrik gawat ,.sendiri mau faham la.syukran.

lebih kurang jam 11.30 malam bertolak baliklah kami ke Jitra.sampai lebih kurang jam 12 tgh malam,kelam kabut pulak aku mengambil si baby Adib kesayangan dari rumah mak lang yang kutingalkan sejak dari jam 6 petang....berakhirlah satu hari

No comments:

Post a Comment