Thursday, July 15

happy birthday



hari ini 15.7.2010 genaplah baby berumur 5 bulan.anak yang pada mulanya aku keberatan untuk menerimanya disebabkan faktor usia yang meningkat dan rasa serik untuk menempuhi saat kelahiran secara pembedahan membuat aku berfikir berkali-kali untuk meneruskan ataupun membuangnya ketika diperingkat awal kehamilan.aku juga telah berjumpa dengan doktor pakar Dr.Annuar Hussainy untuk meminta pandangan dan pendapat.Setelah meminta pandangan dan pendapat dari doktor,rakan-rakan dan pembacaan maka aku dengan rela hati seadanya menerima baby yang kukandung ini dengan perasaan insaf bahawa dia telah ditakdirkan untukku.Semoga kehadiranmu sayang menjadi tempat mama dan babah bergantung apabila tiada daya untuk meneruskan kehidupan dan semoga dikau juga menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan kebahagiaan mama dan babah di dunia dan diakhirat.amin,amin,amin ya rabbal alamin.





No comments:

Post a Comment