Thursday, July 15

kenduri akikah dan kesyukuran

pada 11.6.2010,hari jumaat bertempat di rumahku sendiri..aku telah mengadakan kenduri akikah untuk si bongsuku yang bernama Adib.yang lain-lain aku telah akikahkan walaupun tidak buat kenduri. Selain akikah,kenduri ini juga bertujuan untuk melahirkan rasa syukurku kerana telah selamat bersalin pada 15.2.2010 dan kerana segala renovation rumahku juga berjalan lancar..maka aku himpunkan semuanya dalam satu..alhamdulilah segalanya berjalan lancar walaupun penat..kerna berkemas sebelum dan selepas kenduri.apapun terima kasih kepada mak,ayah,kakak-kakak dan abang-abangku yang sanggup datang dari jauh (n.sembilan,johor dan melaka)untuk bersama-sama meraikan kenduri dirumahku..juga terima kasih yang tidak terhingga buat mereka kerana kesudian mereka membersihkan rumahku seperti sediakala selepas kenduri..akukan anak kecik ..tanpa mereka next time nak buat kenduri aku kena fikir berkali-kali..walaupun ada biras perempuan tetapi tak sama dengan adik beradik sendiri.

anak-anakku dengan sepupunya yang datang dari dekat dan jauh

mak,kakak2 dan abang-abangku yang datang dari jauh membantu.malam sebelum kenduri aku sempat menjamu mereka dengan pulut durian


tetamu sedang beratur mengambil makanan

anak terunaku yang keletihan dan aku yang sempat berposing sebelum tetamu datang













No comments:

Post a Comment