Friday, July 2

Adib

gambar ini kat SMSAH ketika melawat Aliff

gambar ini kat rumah hari cuti.




ini gambar terbaru aku snap semalam atas katil masa nak tido

Inilah sibongsuku yang kulahirkan pada 15.2.2010 bersamaan 1 Rabiulawal 1431H (tahun baru cina yang ke 2) tepat jam 9.13 pagi di Pusat Rawatan Mahsuri,Tanah Merah Jitra kedah.Tarikh yang kupilih sendiri untuk mengeluarkan babyku kerana aku terpaksa melakukan pembedahan ceasarian kerana semua kes kelahiranku secara ceasarian.Kenapa 1 Rabiulawal sempena tahun kelahiran Nabi Muhamad SAW dan aku mendoakan semoga sibongsuku ini menjadi orang yang pertama dan terulung dalam segala urusan duniawi dan akhirat.Amin. Mungkin telah ditakdirkan Tuhan bahawa aku tidak terpilih untuk melahirkan baby-babyku secara normal.Alhamdulillah semua pembedahan berjalan lancar cuma setiap kali pembedahan sahaja pengalaman yang kulalui berbeza-beza.Kali ini aku telah memilih doktor hansome yang bernama Dr.Anuar Hussainy doktor pakar perbidanan dan sakit puan untuk menyambut kelahiran babyku Adib.

Alhamdulillah bermula dari peringkat awal kehamilan sehinggalah aku melahirkan babyku semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah walaupun ketika mengandungkan anakku yang kedua dan ketiga aku disahkan mengalami diabetis,tapi kali ini tiada,mungkin berkat aku minum air ECPI kot...dan sibongsuku jua sejak dilahirkan hingga kini tak ada langsung masalah membesarkannya.,tiada ragam..hingga sekarang dah nak masuk usia 5 bulan tetap seperti dulu hanya menangis bila lapar,tertidur bila mengantuk dan walaupun kemana ku pergi kuusung tiada langsung ragam.Terima kasih Tuhanku kau telah memberikan kepadaku anak yang begitu baik .Doakuku semoga tingkah lakumu akan berterusan sehingga akhir usiamu.
Disini kurakamkan gambar-gambar sibongsuku yang semakin membesar.








No comments:

Post a Comment